Arthur Asher Miller (17 Oktober 1915 – 10 Februari 2005) ialah sebuah penulis drama dan esei Amerikan dalam bidang teater Amerika pada abad ke-20. Karya-karya masyhurnya termasuk All My Sons (1947), Death of a Salesman (1949), The Crucible (1953) dan A View from the Bridge (1955, rekaan semula pada 1956). Beliau menulis beberapa skrip filem dan paling dikenali menerusi karyanya dalam The Misfits (1961). Drama Death of a Salesman telah tersenarai dalam beberapa senarai drama terbaik Amerika pada abad ke-20.

Arthur Miller
Portret
Portret
LahirArthur Asher Miller
(1915-10-17)17 Oktober 1915
Harlem, New York City, U.S.
Meninggal duniaFebruari 10, 2005(2005-02-10) (umur 89)
Roxbury, Connecticut, U.S.
Pekerjaan
  • Penulis drama
  • Penulis esei
  • Penulis skrip filem
Alma materUniversiti Michigan
Karya terkenal
Anugerah
Pasangan
Anak4; termasuk Rebecca
Saudara
Tandatangan

Miller lazim mendapat perhatian awam, terutamanya pada tempoh akhir 1940-an hingga awal 1960-an. Ketika ini, beliau memenangi Hadiah Pulitzer bagi Drama serta berkahwin dengan Marilyn Monroe. Pada 1980, Miller menerima Anugerah Kesusasteraan St. Louis daripada badan persatuan perpustakaan Unversiti Saint Louis.[1][2] Beliau juga memperoleh Praemium Imperiale [ada 2001, Anugerah Putera Asturias pada 2002 serta Hadiah Jerusalem pada 2003 dan Hadiah Dorothy dan Lillian Gish in 1999.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Website of St. Louis Literary Award". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2016. Dicapai pada 25 Julai 2016.
  2. ^ Saint Louis University Library Associates. "Recipients of the Saint Louis Literary Award". Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 31, 2016. Dicapai pada Julai 25, 2016.
  3. ^ Associated Press, "Citing Arts' Power, Arthur Miller Accepts International Prize." Los Angeles Times, 4 September 2002

Pautan luar sunting