Artifak

sesuatu yang dibuat oleh manusia

Artifak adalah barangan berupa alat atau karya ciptaan manusia dari suatu zaman tertentu yang diperoleh atau digali keluar dan dikaji kerana kepentingan sejarahnya.[1]

Artifak gong gangsa dalam pameran di Muzium Negara Malaysia

Barangan-barangan ini boleh dijadikan bukti kegiatan dan perilaku manusia dalam tempat kawasan setempat dijumpai berdasarkan penelitian bahan mentah sekitaran masyarakat sezaman yang dikumpulkan dan dikerjakan berubah sifatnya menjadi benda yang dikehendaki.[2] Tahap dan jenis artifak diperoleh ini boleh ditentukan daripada usia barangan tersebut yang dapat ditarikhkan masa pembuatannya.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Glosari". Jabatan Muzium Malaysia. Dicapai pada 30 Oktober 2021.
  2. ^ Ashmore, Wendy (2003). Archaeology: Discovering Our Past. Boston: McGraw-Hill Higher Education. m/s. 60–75. ISBN 978-0767427272.
  3. ^ Hortolà, Policarp (2017). "From antiquities to memorabilia: a standardised terminology for ancestral artefacts according to manufacture date" (PDF). Studia Antiqua et Archaeologica (dalam bahasa Inggeris). 23 (2): 213–225..