Buka menu utama

Asimilasi budaya ialah suatu kejadian di mana sesebuah kelompok atau budaya minoritas semakin menyerupai masyarakat dominan. Istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu dan kumpulan; kes kedua boleh merujuk untuk sebuah lingkungan sosial kumpulan, termasuk kaum minoriti, imigran, orang-orang asli, dan golongan terpinggir yang lain seperti minoriti seksual yang menyesuaikan diri keoada golongan yang dominan.

Asimilasi ini mungkin berlaku dengan cepat atau secara beransur-ansur bergantung pada keadaan kumpulan. Asimilasi penuh berlaku apabila anggota dalam sesebuah nasyarakat tidak dapat dibezakan daripada golongan yang dominan. Asimilasi ini boleh terjadi secara spontan atau secara paksa, di mana sebarang budaya boleh mengambilguna budaya-budaya lain yang berbeda. Budaya yang tua, kaya, atau lebih dominan juga boleh menyerap budaya yang lebih rendah taraf secara paksa.