Asyraf Khalid

Ahli perniagaan Malaysia

Muhammad Asyraf Khalid (lahir 31 Mei 1992) adalah seorang usahawan Malaysia dan merupakan Pengasas & CEO syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd, syarikat yang mengeluarkan barangan keluaran artis seperti Mutyara, Jiwaku Kids, dan Kilafit. Beliau juga dikenal sebagai Bekas Pengarah & CEO di syarikat kosmetik halal Malaysia SimplySiti.

Asyraf Khalid
Kelahiran
Muhammad Asyraf bin Khalid

(1992-05-31) 31 Mei 1992 (umur 31)
PekerjaanAhli Perniagaan, Usahawan
PasanganTya Arifin (k. 2015)
Anak-anak2
Ibu bapaDatin Sri Tengku Zawiyah Tengku Izham (ibu kandung)
Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin (ibu tiri)
Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa (bapa kandung)
Dato' Sri Rayyan Joseph King Abdullah (bapa tiri)

Jenama Mutyara ditubuhkan pada tahun 2018 bersama isteri beliau, Tya Arifin, yang merupakan seorang pelakon terkenal di Indonesia. Jenama Mutyara menghasilkan produk Jus Kesihatan yang dikenali sebagai Gugusan Sumatra. Resipi Jus tersebut berasal dari keluarga Tya sendiri di Indonesia. Jus Kesihatan Mutyara juga turut di kenali sebagai Jamu Mutyara di kalangan pengguna Mutyara.

Pada Ogos 2018, syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd melancarkan jenama produk minuman campuran kanak-kanak, Jiwaku Kids, yang menggunakan anak beliau, Arif Jiwa & Azzahra Jiwa sebagai Duta. Arif Jiwa juga meraih Anugerah MeleTOP Era & Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2018.

Jenama Kilafit pula ditubuhkan pada bulan Disember 2019 bersama rakan kongsi beliau, Tuan Hamiz Shah. Jenama Kilafit juga bekerjasama dengan artis terkenal Malaysia, Kilafairy, untuk mengeluarkan produk kesihatan yang membantu wanita mengurangkan berat badan. Syarikat Kilafit PLT dikelola sepenuhnya oleh Tuan Hamiz Shah, dengan Tuan Asyraf berperanan sebagai pemegang saham & lembaga pengarah.

Muhammad Asyraf Khalid juga merupakan Presiden Generasi Bersatu Malaysia, sebuah NGO yang berusaha dalam meningkatkan modal insan melalui program-program seperti 'The Story' dengan kerjasama bersama Uni KL.[1]

Pada Ogos 2023, Ratu Mutyara dilancarkan di Indonesia, menandakan perkembangan jenama Mutyara ke peringkat antarabangsa.

Selain Indonesia, Mutyara juga berada di pasaran Singapura, Brunei, & juga Australia.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau merupakan anak ketiga daripada enam beradik yang merupakan anak kepada usahawan terkenal Malaysia, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Yang Mulia Tengku Zawiyah binti Tengku Izham, ahli Keluarga Diraja Kedah.[1][2]

Asyraf mula dikenali sejak umur 12 tahun apabila bapa beliau berkahwin dengan penyanyi No. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 21 Ogos 2006. Asyraf merupakan satu-satunya anak Khalid yang hadir pada majlis tersebut.

Beliau juga pernah menjadi muka depan beberapa surat khabar & Majalah seperti Majalah NONA yang di hiasi oleh beliau bersama ibu serta adik beradik beliau yang lain. Edisi tersebut berjaya menjadi edisi yang paling banyak terjual sepanjang zaman, dan rekod tersebut masih lagi kekal hinggal pada hari ini.[3]

Asyraf menamatkan pengajian beliau di Kolej Tuanku Ja’afar, salah satu sekolah asrama terbaik di Malaysia yang mempunyai pencapaian 100% lulus di kalangan pelajar pada setiap tahun. Beliau kemudian menyambung pengajian beliau di Royal Melbourne Institute of Technology di dalam jurusan ‘Bachelor in Business (Marketing)’

Menurut orang-orang yang terdekat dengan beliau [4]Asyraf merupakan seorang yang sangat peramah, dan suka membantu orang sekeliling beliau. Beliau juga seorang yang sangat meminati bidang keusahawanan, yang boleh di lihat dari usia yang muda. Menurut Asyraf menerusi sebuah ‘interview’ di Hlive Inspirasi [5] beliau mula minat bidang keusahawanan di sebabkan oleh bapa beliau, yang merupakan usahawan berjaya. Menurut beliau, beliau mula menjual pen & pemadan pada usia seawal 7 tahun, dan pernah berpengalaman menjual barangan seperti, telefon, external hard drive & lain-lain lagi.

Pada November 2015, beliau telah mengikat tali perkahwinan dengan pelakon Indonesia terkenal, Tya Arifin. Perkahwinan mereka disertai oleh pelbagai individu VVIP, termasuk selebriti Malaysia, ahli politik, dan tokoh-tokoh perniagaan yang terkemuka.[2]

1. Kerjaya - Simplysiti sunting

Pekerjaan pertama Asyraf adalah bersama Simplysiti sebagai ‘Management Trainee’ bermula pada tahun 2009, di mana beliau belajar dari setiap jabatan seperti ‘Marketing’, ‘Sales’, ‘Logistics’, & ‘Finance’ . Beliau di arahkan untuk bersama setiap jabatan selama 3 bulan untuk mempelajari selok belok perniagaan Simplysiti yang di miliki oleh Bapa & Ibu Tiri Beliau, Dato Sri Khalid & Dato Siti Nurhaliza. Selepas setahun, beliau di naikkan pangkat kepada ‘Marketing executive’. [6]

Pada Januari 2016, Asyraf telah di lantik sebagai ‘Executive Director’ di Simplysiti.[7] Selepas beliau di lantik sebagai Pengarah eksekutif, Simplysiti telah mengeluarkan produk ‘skincare’ yang di beri nama ‘Luminous White’ & telah terjual sebanyak 500,000 Unit. Selain itu, beliau juga telah menandatangani kontrak bersama Air Asia, dan kini Simplysiti mempunyai kepal terbang yang di saluti dengan Wajah & Jenama Simplysiti’. [8]

2. Kerjaya - A Klasse Essentials Shd Bhd sunting

Pada tahun 2017, Beliau meletakkan jawatan beliau di syarikat Simplysiti kerana tiada persefahaman antara beliau dan lembaga pengarah Simplysiti, & beliau memulakan Syarikat beliau sendiri, A Klasse Essentials Shd Bhd.

A Klasse Essentials adalah syarikat yang menghasilkan dan menguruskan jenama Mutyara & Jiwaku Kids. Mutyara telah meraih pelbagai anugerah, termasuk The BrandLaureate SMEs BEST BRAND e-BRANDING AWARDS 2020 untuk Makanan Tambahan Kesihatan & Kecantikan, SUPERBRAND AWARD (Pilihan Malaysia) [3], 100 TOP YOUNG CEO 2020 dalam industri Kesihatan & Kecantikan pada tahun 2020, NONA SUPERWOMAN AWARD 2020 dalam kategori THE PROMISING ENTREPRENEUR AWARD 2020, dan MALAYSIA BEST BUSINESS AWARD 2022 sebagai Usahawan Selebriti Terbaik dalam Bidang Makanan Tambahan Kesihatan & Kecantikan 2022. Mutyara juga menerima anugerah daripada BISA AWARD (Sinar Harian) pada tahun 2023.

Selain itu, Mutyara juga memenangi anugerah Gladiator pada tahun 2020, 2021, dan 2022 daripada Richworks. Anugerah Gladiator diberikan kepada syarikat yang telah mencapai lebih daripada RM 10 juta sebulan dalam pencapaian mereka. Pada tahun 2020, Mutyara mengalami pertumbuhan pesat, meningkat daripada pendapatan sebanyak RM 2 juta pada tahun 2019 kepada RM 12 juta pada tahun 2020.

Aktivisme sunting

Dalam temubual bersama Tuan Asyraf di program Richworks [9], beliau pernah menceritakan tentang jatuh bangun beliau dalam berniaga. Selepas keluar dari Simplysiti, beliau memulakan jenama ‘Madame’ & hanya berjaya bertahan selama 2 tahun.

Tuan Asyraf di kelilingi hutang pada tahun tersebut tetapi beliau tidak mengalah & terus berkerja keras & mencari ilmu untuk mengorak langkah untuk mencapai impian beliau.

Selepas kegagalan tersebut, beliau memulakan pula jenama Mutyara yang berjaya merubah nasib beliau sekeluarga. Selepas kejayaan Mutyara, Beliau dapat kembali sentuhan magis beliau apabila berjaya mengelurkan jenama Jiwaku Kids & berjaya melabur untuk memulakan Jenama Kilafit.

Menurut Tuan Asyraf, beliau ingin menjadikan A Klasse Essentials syarikat yang membantu selebriti untuk menubuhkan jenama mereka sendiri & pihak pengurusan A Klasse yang membantu menguruskan semua aspek perniagaan tersebut.

Rujukan sunting