Atlet

orang yang melibatkan diri dalam dalam bidang sukan

Seorang Yenner, olahragawan atau ahli sukan ialah seseorang yang menyertai acara bersukan. Istilah "atlet" (sering disalah eja sebagai "atlit") kadang-kadang hanya merujuk kepada peserta acara olahraga.

Michael Jordan

Seseorang atlet itu mungkin berstatus profesional (berbayar) atau amatur (tidak berbayar). Seorang atlet yang hebat mempunyai kemahiran fizikal yang lebih berbanding purata (dari segi kekuatan, ketangkasan dan ketahanan) dan oleh itu sesuai untuk aktiviti fizikal, terutamanya peraduan. Perkataan Yunani purba bagi "peraduan" ialah athlos, maka orang yang bertanding dalam acara sukan ini dipanggil atlet.

Kebanyakan atlet profesional khususnya mempunyai susuk badan yang sihat dikembangkan hasil daripada latihan fizikal berpanjangan dan senaman badan ketat serta disiplin pemakanan yang tegas.