Awangku
Yang Mulia Awangku merupakan nama warisan daripada Kesultanan Brunei yang mana golongan ini berkait rapat dengan Kerabat DiRaja Brunei. Golongan ini merupakan golongan bangsawan di tanah Brunei sewaktu Brunei berada di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah. Pada suatu ketika kelak, apabila seorang Yang Mulia Awangku berkeluarga, maka layaklah ia mewarisi gelaran Yang Mulia Pengiran. yang mana Yang Mulia Awangku mereka merupakan pewaris darah DiRaja pada kesultanan. Tidak sama seperti golongan Awang, Awang adalah kata ganti diri yang digunakan di kepulauan borneo terutama di kawasan kekuasaan kesultanan Brunei suatu ketika dahulu yang membawa maksud encik.
Gelaran Yang Mulia “Awangku” diwarisi daripada Ayah/Bapa yang bergelar Yang Mulia “Pengiran”