Ayhan Atay Kamel (28 Julai 1933, Nallıhan - 27 Februari 2019, Ankara[1]) ialah seorang diplomat dan duta negara Turki. Beliau merupakan lepasan Fakulti Sains Politik Universiti Ankara pada 1954. Beliau berkhidmat sebagai Duta Besar Turki ke beberapa buah negara seperti Pakistan, Belanda, Austria dan Rusia. Beliau pernah menjadi Timbalan Setiausaha Kementerian Luar Negeri Turki pada tahun 1986-1989, anggota Lembaga Penasihat Dasar Luar Negeri dari tahun 1995 hingga persaraannya (1998), dan Setiausaha Agung pertama Kumpulan Lapan Negara Membangun pada tahun 1997-2006.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Pengumuman Kementerian Luar Negeri
  2. ^ "Bekas Setiausaha Agung". D8. 6 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-10. Dicapai pada 12 April 2021.