Badlishah Sham Baharin

Haji Badlishah Sham Baharin ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bagi sesi 2022-2026.[1]

Badlishah Sham Baharin
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia
Memegang jawatan
Februari 2022
TimbalanHassan Basri Awang Mat Dahan
Didahului olehMohd Parid Sheikh Ahmad
Butiran peribadi
LahirBadlishah Sham bin Baharin
(1959-07-18) 18 Julai 1959 (umur 64)
Negeri Sembilan

Latar belakang sunting

Badlishah Sham dilahirkan di Negeri Sembilan pada 18 Julai 1959. Beliau melanjutkan pengajian A Level di Kolej Teknikal Coventry di United Kingdom pada 1978. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda kejuruteraan kimi dari Universiti Leeds pada 1981 dan sarjana dalam bidang yang sama dari Institut Sains dan Teknologi Universiti Manchester pada 1985.[perlu rujukan]

Penglibatan dalam masyarakat sunting

Dalam IKRAM sunting

  • Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan 2010, 2012 dan 2014.
  • Ahli Dewan Perwakilan Nasional 2014, 2018 dan 2022
  • Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM, Pengerusi JK Masyarakat Madani 2016
  • Timbalan Presiden IKRAM 2018-2022

Dalam pertubuhan lain sunting

  • Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) 2020-2022
  • Ahli Konsortium Rasuah Busters mengenai Politik Malaysia Tanpa Rasuah

Kerjaya sunting

  • Pensyarah di Jabatan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1985 dan Profesor Madya pada 1999

Augerah & Hadiah Utama sunting

  • 1996 - Pingat Emas MINDEX/INNOTEX '96 (Malaysian Invention and Design Exhibition)
  • 2002 - Pingat Emas Anugerah R&D UPM
  • 2003 - Pingat Emas National S&T Award (co-researcher)
  • 2005 - Pingat Emas Salon International Des Inventions Geneva
  • 2005 - Anugerah Pensyarah Cemerlang Fakulti (UPM)
  • 2005 - Anugerah Khidmat Cemerlang UPM
  • 2010 - Pingat Emas Anugerah R&D UPM (co-researcher)
  • 2012 - Pingat Gangsa Malaysia Technology Expo (MTE)
  • 2007 & 2008 - Anugerah Cemerlang Penyelidikan UPM
  • 2012 - Top Research Scientists Malaysia

Media sosial sunting

Laman Facebook Badlishah Sham Baharin

Rujukan sunting

  1. ^ "Badlishah Sham dilantik Presiden Ikram baharu". SH. 21 Februari 2022. Dicapai pada 7 Disember 2023.