Baitulmaqdis Timur

Baitulmaqdis Timur merujuk kepada bahagian-bahagian Baitulmaqdis yang direbut Jordan dalam Perang Arab-Israel 1948 dan kemudian oleh Israel dalam Perang Enam Hari 1967. Wilayah ini mencakupi Kota Lama Baitulmaqdis dan sebahagian tempat-tempat suci agama Yahudi, Kristian, dan Islam, seperti Masjid al-Aqsa dan Tembok Barat yang terletak di Bukit Baitulmaqdis, serta Gereja Makam Suci. Istilah "Baitulmaqdis Timur" dapat mengacu pada kawasan yang dikuasai Jordan antara tahun 1949 dan 1967 yang dimasukkan dalam perbandaran Baitulmaqdis setelah tahun 1967, yang seluas sekitar 70 km2 (27 bt2) atau kawasan perbandaran Baitulmaqdis pra-1967 yang seluas 6.4 km2 (2 bt2).

Kubah Al-Sakhrah di Kota Lama
Peta Baitulmaqdis Timur

Setelah Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis dibahagi kepada dua bahagian – wilayah barat, ramai dihuni oleh orang Yahudi dan berada di bawah kekuasaan Israel, sementara wilayah timur, dihuni terutama oleh orang Arab dan berada di bawah kekuasaan Jordan. Pemukiman Arab di Baitulmaqdis barat seperti Katamon atau Malha dipaksa dikosongkan oleh para penduduknya di wilayah itu; hal yang sama juga menimpa orang Yahudi di wilayah timur termasuk Kota Lama dan Silwan. Satu-satunya wilayah timur yang masih dikuasai Israel di sepanjang 19 tahun kekuasaan Jordan adalah Gunung Scopus, di mana terletak Universiti Ibrani, yang membentuk enklaf selama tempoh itu dan kerananya tidak dianggap sebahagian Baitulmaqdis Timur. Setelah Perang Enam Hari 1967, bahagian timur Baitulmaqdis berada di bawah kekuasaan Israel dan digabungkan dengan pemukiman barat bersamaan dengan beberapa desa-desa tetangga di Tebing Barat. Pada bulan November 1967 Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 diluluskan, menyeru Israel untuk menarik diri "dari wilayah yang diduduki dalam konflik baru-baru ini". Pada tahun 1980, Knesset meluluskan Undang-Undang Baitulmaqdis yang menyatakan "Baitulmaqdis, lengkap dan bersatu, ialah ibu negara Israel",[1] namun tanpa menetapkan sebarang batas. Pengisytiharan ini dinyatakan "batal dan tidak sah" oleh Resolusi Majlis Keselamatan PBB 478.

  1. ^ "Basic Law- Jerusalem- Capital of Israel". Dicapai pada 2008-06-11.

Rujukan

sunting
  • Bovis, H. Eugene (1971). The Jerusalem Question, 1917-1968. Stanford, CA: Hoover Institution Press. ISBN 0-8179-3291-7.
  • Bregman, Ahron (2002). Israel's Wars: A History Since 1947. London: Routledge. ISBN 0-415-28716-2
  • Cohen, Shaul Ephraim (1993). The Politics of Planting: Israeli-Palestinian Competition for Control of Land in the Jerusalem Periphery. University of Chicago Press. ISBN 0226112764
  • Ghanem, As'ad (2001). The Palestinian-Arab Minority in Israel, 1948-2000: A Political Study. SUNY Press. ISBN 0791449971
  • Israeli, Raphael. Jerusalem Divided: the armistice regime, 1947-1967, Routledge, 2002, ISBN 0714652660, p. 118.
  • Rubenberg, Cheryl A. (2003). The Palestinians: In Search of a Just Peace. Lynne Rienner Publishers. ISBN 1588262251

Pautan luar

sunting