Bally Astrocade merupakan konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik Bally pada tahun 1977 dan merupakan konsol pada generasi kedua[1]. Konsol ini terkenal dengan kebolehan menjana imej grafik yang tinggi yang tidak terdapat pada mana-mana konsol lain dalam generasinya[2].

Bally Professional Arcade
PengilangBally, Astrovision
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi kedua
Ketersediaan runcitAmerika Syarikat 1977
MediaKatrij ROM
CPUZilog Z80 berkelajuan 1.789 MHz

Semenjak konsol ini dilancarkan, konsol ini telah beberapa kali menukar nama kerana pengambilalihan syarikat, semasa dilancarkan konsol ini diberi nama Bally Professional Arcade, kemudian apabila syarikat Bally tidak berminat untuk meneruskan sokongan terhadap konsol ini, syarikat Astrovision telah membeli hak cipta untuk pasaran konsol ini dan mereka memasarkan konsol dengan nama Bally Computer System[3]. Kemudian, pada tahun 1982, syarikat Astrovision sekali lagi menukar nama konsol ini dengan nama Bally Astrocade sehingga krisis permainan video berlaku pada tahun 1983[4].


Spesifikasi sunting

Konsol Bally Astrocade dijana dengan cip mikropemproses Zilog Z80 berkelajuan 1.789 MHz. Konsol ini telah diprogramkan menggunakan aturcara BASIC dan tersedia dengan 2 permainan video terbina di dalam konsol iaitu Gun Fight dan Checkmate, program kalkulator ringkas dan program yang diberi nama Scribbling iaitu sebuah program untuk pengguna melukis[3].

Sistem teras
Cip mikropemproses Zilog Z80 berkelajuan 1.789 MHz
RAM 4KB
RAM video tiada
Grafik dan suara
Palet warna 8 warna
Resolusi skrin 160 x 102 sehingga 320 x 204
Saluran audio Tiada saluran audio yang khusus[5]


Rujukan sunting

  1. ^ "On the eve of E3: remembering a time when the games industry almost died". TG Daily. 16 Jun 2015. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  2. ^ Cooper, Lee (24 Disember 2014). "N++ Improves on Every Facet of N+". Hardcore Gamer. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  3. ^ a b "History of Consoles: Bally Astrocade (1978)". Gamester. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  4. ^ "Bally Astrocade / Astrocade Professional Arcade". Computer Closet. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  5. ^ "Bally Professional Arcade \ Astrocade". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai pada 17 Oktober 2015.