Bangsal lokomotif (bahasa Inggeris: roundhouse) ialah sebuah bangunan yang digunakan oleh pengangkutan rel untuk menyelenggara lokomotif. Bangsal lokomotif ialah struktur bulat atau separa bulat besar yang secara tradisinya terletak di sekeliling atau di tepi cakera putar. Cakera putar ini membantu memindahkan lokomotif apabila bangunan ini digunakan untuk kerja-kerja membaiki atau memarkir lokomotif wap.

Lokomotif wap di bangsal lokomotif Chicago and North Western Railway, Disember 1942
Bangsal lokomotif di Atlanta, Georgia, 1866. Rosak akibat Perang Saudara Amerika
Bangsal lokomotif beroperasi di Wolsztyn, Poland.
Bangsal lokomotif di Uster, Switzerland
Bangsal lokomotif B&O Martinsburg West, Virginia Barat
Bangsal lokomotif di Berlin-Pankow
Bekas bangsal lokomotif, kini Muzium Kereta Api Toronto, dilihat dari Menara CN, September 2012
Bangsal lokomotif North Midland Railway di Derby, England, 2006

Lokomotif wap awal hanyak boleh bergerak ke hadapan; walaupun keupayaan bergerak ke belakang ditambah kepada mekanisme lokomotif kemudian, alat kawalan lazimnya dioptimumkan bagi operasi biasanya, iaitu ke hadapan, dan tidak dapat beroperasi dengan baik bila bergerak ke belakang. Sesetengah gerabak, seperti kereta pencerap, juga direka selewat 1960-an untuk bergerak pada satu arah tertentu. Cakera putar membolehkan lokomotif atau gerabak dipusingkan untuk perjalanan ke destinasi asal.

Kebanyakan lokomotif elektrik dan diesel moden boleh bergerak dengan baik pada kedua-dua arah. Dengan adanya ciri-ciri seperti gelung belon dan simpang tiga penjuru, bangsal lokomotif moden tidak lagi terhad kepada bentuk bulat.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting