Bao (filem)

Bao (juga dikenali sebagai Pau) adalah filem pendek animasi komputer yang dihasilkan oleh Pixar Animation Studios. Ia ditayangkan bersama Incredibles 2 pada 15 Jun 2018. Filem ini adalah tentang seorang ibu Cina-Kanada yang berumur dan kesepian yang mengalami sindrom sarang kosong, yang menerima peluang keibuan kedua yang tidak dijangka apabila pau buatannya menjadi hidup. Filem ini meneruskan tradisi memasukkan dalam kredit nama-nama pertama anak-anak kepada pekerja Pixar semasa membuat filem itu, menyenaraikannya sebagai "production baos" (pau-pau penerbit).

BaoBao
Film poster
PengarahDomee ShiDomee Shi
PenulisDomee ShiDomee Shi
Dihasilkan olehBecky Neiman-CobbBecky Neiman-Cobb
Muzik olehToby ChuToby Chu
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Walt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
Durasi tayangan
8 minutes8 minutes
NegaraUnited StatesUnited States

PlotSunting

Seorang wanita, dengan suami yang sibuk di tempat kerja, membuat Pau yang lalu menjadi hidup. Dia membesarkan pau tersebut sebagai anaknya sendiri, memberinya makan. Akhirnya anaknya itu ingin menyertai kanak-kanak lain, walaupun "ibunya" itu tidak mahu. Apbila pula "anak" beliau menjadi seorang remaja dan seorang dewasa muda, dia semakin bebas, sementara ibunya inginkan perhatian lebih dari dia, berasa diendahkan. Apabila pau tersebut memperkenalkan tunang barunya dan mengumumkan niatnya untuk keluar dari rumah ibunya, ibunya menghalangnya dengan menelannya, selepas itu beliau menangis atas apa yang telah dilakukannya. Kemudian, ibunya berada terlentang di atas katil, dan anak sebenarnya memasuki bilik, mendedahkan bahawa seluruh babak tadi hanyalah sebuah metafora. Anak lelaki itu, yang mukanya menyerupai sebuah pau, diberitahu oleh ayahnya untuk memujuk ibunya yang merajuk. Dia memasuki bilik, menawarkan kuih yang sama ibunya berikan dahulu semasa kecil, dan ketika mereka membaginya, kedua-duanya merebas dan berlinang air mata. Selepas itu, seluruh keluarga, termasuk tunang si anak lelaki, membuat ladu, sambil mereka duduk di meja menonton televisyen.

RujukanSunting

Pautan luarSunting