Basilisk
Basilisk (dari Yunani βασιλίσκος basiliskos, raja kecil, dalam Latin Regulus) merupakan reptilia legenda yang dikatakan sebagai raja ular dan mempunyai kuasa membunuh dengan pantas. Menurut Naturalis Historia oleh Pliny yang Tua, basilisk merupakan seekor ular yang sangat berbisa dan meninggalkan kesan yang besar dan teruk. Binatang ini sering disebut dalam kisah legenda Eropah.
Keterangan
suntingTerdapat tiga pernyataan gambaran basilisk iaitu biawak besar, ular gergasi atau ayam jantan dengan gigi dan ekor ular yang berkongsi rupa dengan cockatrice. Ia dipanggil "raja" kerana dikatakan mempunya kepala bertopi atau berbentuk mahkota. Cerita basilisk menempatkannya dalam keluarga yang sama dengan cockatrice. Basilisk sering dikatakan munculdari eraman ayam jantan ke atas telur ular (berbeza dengan cocaktrice iaitu telur ayam dieram oleh ular). Ketika Zaman Pertengahan Eropah, penerangan tentang makhluk ini adalah pada mulanya, ia berbentuk ayam jantan muda.