Batolit Bintang ialah salah satu batolit granit dalam Wilayah Granit Banjaran Utama di Semenanjung Malaysia.

Asal-usul

sunting

Nama Batolit Bintang diambil bersempena Banjaran Bintang di mana batuan ini mendasar.

Taburan

sunting

Batolit Bintang terdiri daripada Pluton Taiping, Pluton Selama, Pluton Damar, Pluton Bubu dan Mikrogranit

Pluton Taiping

sunting

Pluton Taiping berbentuk tirus dan memanjang arah utara - selatan. Pluton ini terdiri daripada 3 jenis iaitu Granit Kupang, Granit Buloh Pelang dan Mikrogranit Bukit Larut[1].

Granit Kupang dan Granit Buloh Pelang terdiri daripada fasies melagranit beramfibol yang dipisahkan oleh Sesar Bok Bak dan Pluton Selama.

Mikrogranit Bukit Larut terdiri daripada fasies megakris turmalin.

Pluton Selama

sunting

Pluton Selama terdiri daripada granit biotit porfiritik kasar.

Pluton Damar

sunting

Pluton Damar yang terletak di bahagian paling utara terdiri daripada granit alkali homogen yang mempunyai butiran sama saiz halus hingga sederhana.

Pluton Bubu

sunting

Pluton Bubu terdiri daripada granit biotit porfiritik kasar.

Rujukan

sunting
  1. ^ Cobbing, E.J., Pitfield, P.E.J., Darbyshire, D.P.F. & Mallick, D.I.J., 1992. The granites of the South–East Asian tin belt. British Geological Survey, Keyworth