Ben Barnes (pelakon)

Benjamin "Ben" Barnes[1] (lahir 20 Ogos 1981) ialah pelakon Inggeris. Beliau pernah muncul dalam siri televisyen Doctors dan Split Decision, dan dalam filem Stardust, Bigga than Ben, dan The Chronicles of Narnia: Prince Caspian.

Ben Barnes (pelakon)
Ben Barnes
Kelahiran
Benjamin Barnes

(1981-08-20) 20 Ogos 1981 (umur 42)
Nama lainBen Barnes

Kehidupan awal sunting

Barnes telah dilahirkan di London, England oleh padangan ahli psikiatri dan ahli terapi.[2] Beliau juga bekas pelajar King's College School, iaitu ketika dia pernah menjadi pelakon sementara bagi pelakon filem Khalid Abdalla dan ahli komedi Tom Basden. Belajar Drama dan Sastera Inggeris di Universiti Kingston, London.

Kerjaya sunting

Telah dinyatakan dalam isu Jun/Julai 2008 bagi majalah CosmoGIRL! bahawa beliau merupakan penyanyi latar bagi kumpulan Hyrise, yang United Kingdom dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2004. Barnes mula bekerja dalam bidang lakonan televisyen pada 2006. Beliau membuat kemunculan sulungnya di layar perak dalam filem Stardust, dengan menampilkan watak Dunstan Thorn muda. Kemudian beliau membintangi Bigga Than Ben, yang dilancarkan pada Ogos 2008.

Pada Februari 2007, telah diumumkan bahawa Barnes akan melakonkan watak Caspian dalam filem adaptasi The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, arahan Andrew Adamson.[3] Adamson mengatakan "Caspian ialah budak yang baru mencapai umur, yang pada sesetengah sudut, kisah budah yang sudah mula mengenal dunia, dengan Caspian yang pada mulanya agak naif, kemudian mula menuntut bela dan melepaskan dendamnya."[4] Sementara kebanyakan pembaca menterjemahkan Caspian sebagai seorang kanak-kanak, terdapat perenggan yang menyatakan bahawa usianya hampir dengan usia Peter, maka, seorang pelakon yang lebih tua yang menghampiri usia William Moseley dipilih. Barnes telahpun membaca novel tersebut ketika kecil dan diujibakat dua setengah minggu selepas berjumpa dengan pembikin filem ini. Beliau menghabiskan masa dua bulan di New Zealand menunggang kuda dan berlatih untuk penggambaran.[5] Barnes memperlajari pelat Sepanyol dari persembahan Mandy Patinkin sebagai Inigo Montoya dari filem The Princess Bride.[6] Adamson tidak menjangka akan memilih pelakon British sebagai Caspian, dan mengatakan Barnes sangat sesuai dengan keluarga krew Adamson dan empat pelakon watak adik-beradik Pevensie.[7]

Barnes juga akan melakonkan sekali lagi watak Caspian (kali ini sebagai Raja Caspian) dalam filem ketiga dalam siri Narnia, The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Penggambaran dijangka bermula pada Oktober 2008 dengan tarik tayangan bermula pada 7 Mei 2010.

Barnes juga dalam perjalanannya keliling dunia pada Jun 2008 untuk mempromosi Prince Caspian. Pada 2009, beliau akan melakonkan watak John Whittaker dalam filem Easy Virtue Easy Virtue. Barnes juga telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam versi terkini The Picture of Dorian Gray karya Oscar Wilde yang diarahkan oleh Oliver Parker dan dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2009.[8] Beliau kini menetap di London. Pada tahun 2014, beliau belakon dalam filem Seventh Son

Rujukan sunting

  1. ^ TeenHollywood.com - Ben Barnes: Chatting with "Caspian"
  2. ^ Stated on The Tonight Show with Jay Leno, May 13, 2008
  3. ^ "In brief: Barnes skips History for Caspian". The Guardian. 2007-02-06. Dicapai pada 2007-08-01. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Tom Johnson (2008-04-11). "The Chronicles of Narnia: Prince Caspian Character Guide". Moviefone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-13. Dicapai pada 2008-04-11. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ Edward Douglas (2007-10-19). "Ben Barnes is Prince Caspian". Comingsoon.net. Dicapai pada 2007-11-24. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ Dan Jolin (April 2008). "Ben Barnes is Prince Caspian". Empire. m/s. 96.
  7. ^ "Orchestrating Magic in Narnia All Over Again". Disney Insider. Dicapai pada 2008-04-03.
  8. ^ Stuart Kemp (May 18 2008). "Ben Barnes to shine as Dorian Gray". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-27. Dicapai pada 2008-06-06. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting