Bendera Kemboja
Bendera Kerajaan Kemboja dikembalikan semula pada tahun 1993 selepas sebuah pilihanraya memulangkan pemerintahan beraja di negara tersebut. Rekabentuk bendera ini telah wujud sejak 1850 dan tidak berubah hingga sekarang. Ia terdiri daripada jalur biru di atas dan bawah dan jalur merah di tengah (nisbah 1:2:1) yang diisi dengan gambar Angkor Wat. Bendera berbidang merah dengan gambar Angkor Wat di tengah digunakan semasa pemerintahan Khmer Rouge.