Bendera isyarat maritim antarabangsa

Sistem bendera isyarat maritim antarabangsa ialah satu cara melambangkan huruf-huruf abjad dengan menggunakan isyarat antara kapal, sebagai salah satu komponen Kod Isyarat Antarabangsa.[1]

Susunan bendera isyarat di jambatan kapal Liberty SS Jeremiah O'Brien

Terdapat palbagai cara untuk menggunakan bendera sebagai isyarat:

  • setiap bendera mengejakan mesej berabjad, huruf demi huruf.
  • setiap bendera individu membawa erti tersendiri dan piawai[2]; contohnya, kapal sokongan penyelam mengibarkan "bendera A" untuk menyatakan kesukaran bergerak dari kedudukan semasa kerana ada penyelam yang sedang menyelam dalam air.
  • bendera yang membentuk kata kod yang ertinya boleh dirujuk dalam buku panduan kod yang dipegang oleh semua pihak yang terlibat. Contoh: kod nombor Popham digunakan dalam Pertempuran Trafalgar.
  • dalam sukan lumba kapal layar dan dingi, bendera membawa maksud lain, contoh: bendera P digunakan sebagai bendera "persediaan" untuk menandakan perlumbaan bakal bermula, manakala bendera S bermaksud "perjalanan dipendekkan" (untuk butiran lanjut, rujuk Isyarat Perlumbaan).

NATO menggunakan bendera yang sama, sebilangan kecilnya hanya digunakan oleh kapal perang, untuk mengantar mesej rahsia. Penggunaan NATO banyak berbeza dari pengertian Kod Isyarat Antarabangsa, oleh itu kapal perang perlu mengibarkan bendera Code/Answer di atas isyaratnya untuk menandakan mesejnya harus dibaca mengikut pengertian Antarabangsa.

Bendera huruf (dengan pengertian ICS) sunting

*   N dan C (No dan Yes) dikibarkan bersama-sama membentuk isyarat kecemasan.

** Juga boleh diisyaratkan oleh siulan kapal dengan kod Morse. Lihat Kod Isyarat Antarabangsa.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ International Marine Signal Flags
  2. ^ AB Nordbok. "The Lore of Ships", page 138. New York: Crescent Books, 1975.

Pautan luar sunting

Templat:Writing systems