Kuih bengkang berkuah merupakan sejenis kuih tradisional di Malaysia. Bengkang berkuah merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dicampur dengan telur dan dimaasak dalam bekas tembaga.

Bengkang dengan pilihan kuah manis dan kuah lemak.

Bengkang biasanya dibuat tawar dan dimakan bersama kuah. Terdapat dua jenis kuah bengkang, iaitu kuah mentah yang diperbuat daripada santan, dan kuah manis.

Asal sunting

 
Sarang acuan traditional membuat kuih bengkang.

Kuih bengkang merupakan nama umum sejenis kuih. Kuih bengkang berkuah telah lama dihidangkan dalam tradisi masyarakat Melayu.

Nama sunting

Kuih bengkang berkuah digelar sedemikian bagi membezakan bengkang berkuah dengan bengkang jenis lain.

Penyebaran sunting

Kuih bengkang berkuah lebih popular di pantai timur Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal.


Dalam budaya popular sunting

Kuih bengkang berkuah kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia berkuah dan dianggap leceh untuk dihidang dan dimakan. Kuahnya yang melekit menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting