Beopheung dari Silla
Beopheung dari Silla (Hangul:법흥왕; Jawi: راج بوڤهوڠ ; sekitar 514–540 M) ialah raja Silla ke-23, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Baginda didahului oleh Raja Jijeung (sekitar 500-514) dan digantikan oleh Raja Jinheung.[1]
Beopheung dari Silla | |
---|---|
Hangul | 법흥왕 |
Hanja | 法興王 |
Perumian Semakan | Beopheung wang |
McCune–Reischauer | Pŏphŭng wang |
Pada masa pemerintahannya, agama Buddha menjadi sangat umum di Silla, seperti yang telah diperkenalkan sebelumnya oleh para sami Goguryeo semasa pemerintahan Raja Nulji. Salah seorang menteri kepada Raja Beopheung, yang bernama Ichadon, ialah seorang mualaf Buddha yang bahkan pernah mencukur kepalanya. Beliau selalu meminta raja untuk menerapkan agama Buddha sebagai agama negara, dan sebenarnya Raja Beopheung sendiri telah menyukai ajaran Buddha. Namun, menteri-menteri lain Silla sangat menentang hal ini, dan menyatakan penolakan tersebut kepada raja. Beopheung, setelah dipujuk oleh menterinya, berada dalam dilema, dan mengalami keengganan untuk berubah. Pada waktu ini, Ichadon mengemukakan mati syahidnya sendiri dan memohon kepada raja untuk membunuhnya di hadapan khalayak umum untuk tujuan agama Buddha. Raja ini menolak untuk melakukannya, dan disebabkan itu, Ichadon sengaja menghina para menteri kerajaan, sehingga menimbulkan kemarahan raja. Pada akhirnya, Ichadon dihukum bunuh di depan umum, tetapi sebelum kepalanya dipotong, beliau menyatakan bahawa darah yang mengalir dari tubuhnya tidak akan berwarna merah tetapi putih susu. Menurut Samguk Yusa, ramalannya terbukti benar, dan darah berwarna putih Ichadon menimbulkan kengerian para menteri kerajaan. Sebagai hasil dari kesyahidan Ichadon, Raja Beopheung akhirnya memilih agama Buddha sebagai agama negara. Namun, kebebasan Buddha sejati di Silla tidak akan bermula sehinggalah pemerintahan Raja Jinheung.
Lihat juga
suntingRujukan
suntingBeopheung dari Silla Tarikh kemangkatan: 540
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Jijeung |
Raja Silla 514–540 |
Diikuti oleh: Jinheung |