Berus sabut merujuk kepada sejenis berus yang dihasilkan dengan menggunakan gentian sabut kelapa dan diikat dengan menggunakan dawai sebagai pemegangnya.

Dua jenis berus sabut, yang bertangkai dan tanpa tangkai.

Berus sabut adalah sejenis alat bagi membantu mencuci pakaian, lantai dan sebagainya. Ia mudah digunakan dan hanya menggunakan tangan tanpa memerlukan tenaga eletrik. Ia juga mesra alam dan tidak mengakibatkan pencemaran sekiranya ia dibuang selepas lusuh kerana ia menggunakan bahan semulajadi yang mesra alam.