Big Merino
Big Merino (har. merino besar) ialah seekor biri-biri merino konkrit berketinggian 15.2 meter (50 ka) yang terletak di Goulburn, New South Wales, Australia. Diberikan nama samaran "Rambo" oleh warga tempatan, Big Merino mengandungi sebuah kedai cenderamata pada tingkat bawahnya dan sebuah pameran wul pada tingkat duanya, dan merupakan patung terbesar Australia berdasarkan ketinggian. Pengunjung Big Merino boleh naik ke atas patung itu dan melihat melalui matanya untuk melihat kawasan itu.
Tarikh disiapkan | 1985 |
---|---|
Subjek | Merino |
Dimensi | tinggi 15.2 m (50 ka) |
Berat | 97 tan metrik |
Lokasi | Goulburn, New South Wales, Australia |
Big Merino dibuka secara rasmi pada 20 September 1985 di Jalan Hume 98, Goulburn, kira-kira 800 meter ke arah timur laut dari lokasi terkininya.
Pada tahun 1992, Lebuhraya Hume melangkau bandar tersebut, menyebabkan kehilangan pelancong yang berdaya memenuhi 40 buah bas untuk ke kompleks Big Merino dalam sehari.[1] Pada 26 Mei 2007, Big Merino diangkutkan ke sebuah lokasi yang lebih dekat dengan Lebuhraya Hume yang baharu itu untuk meningkatkan jumlah pengunjung, dan sekarang terletak berdekatan persimpangan bertingkat lebuh raya itu di sebuah stesen minyak. Kini, sebuah tempat mencuci kereta secara pandu lalu menduduki lokasi asal Big Merino.
-
Big Merino
-
Selepas penempatan semula tahun 2007
-
Pada April 2009
Rujukan
sunting- ^ "Bypassed Rambo looks for new pastures". ABC Rural. 2005-10-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2016. Dicapai pada 2012-06-12.