Blake Woodruff (lahir 19 Jun 1995) merupakan pelakon kanak-kanak Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi watak sebagai Mike Baker menerusi filem Cheaper by the Dozen.

Blake Woodruff
Kelahiran (1995-06-19) 19 Jun 1995 (umur 28)

Woodruff mempunyai dua orang kakak, Ayla dan Raina, serta seorang adik lelaki, Trevor. Beliau memutuskan untuk menjadi seorang pelakon pada usia enam tahun dan berlakon pada tahun 2003 menerusi Cheaper by the Dozen selepas peranannya tidak dikreditkan menerusi Blind Horizon. Beliau juga pernah muncul menerusi lipur lara, The Young and the Restless, dan menyambung peranannya menerusi Cheaper by the Dozen 2. Woodruff juga memegang watak utama menerusi filem Whisper sebagai David, seorang budak lelaki dari New England, yang diculik untuk mendapatkan habuan yang besar.

Filemografi sunting

Tahun Judul Peranan Nota
2007 Whisper David
2005 Cheaper by the Dozen 2 Mike Baker
Back to You and Me Jake
2003 Cheaper by the Dozen Mike Baker
Blind Horizon Budak menangis Tidak dikreditkan

Pautan Luar sunting