Blanc Group Ltd., juga dikenali sebagai Blanc & Eclare, ialah jenama fesyen mewah yang menghasilkan kacamata, denim, pakaian, produk rawatan kulit, dan aksesori.[1] Jessica Jung melancarkan label ini pada Ogos 2014 dengan nama Blanc, yang bermaksud "bersih dan tegas".[2] Kemudian menambah nama Eclare, yang berasal dari perkataan dalam Bahasa Latin, Clara, yang bermaksud "kejernihan dan kecerahan".[3]

Blanc Group Ltd.
Nama dahuluBlanc
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriFesyen
Ditubuhkan2014; 10 tahun yang lalu (2014)
PengasasJessica Jung
Ibu pejabatNew York City, Amerika Syarikat
Tapak webblancgroup.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Produk Blanc & Eclare dijual di sekitar 60 lokasi, antara lain di Seoul, New York, Beijing, Hong Kong, Bangkok, Taiwan, Shanghai, Tokyo, dan Vancouver.[4] Pada Disember 2016, Blanc & Eclare membuka kedai pertamanya di Amerika Syarikat di SoHo, New York.[5] Kedai itu kemudian ditutup pada Ogos 2019, dan dijadualkan akan dibuka semula pada pertengahan 2020.[6]

Kolaborasi

sunting

Pada Oktober 2014, Blanc & Eclare bekerjasama dengan yayasan "Help For Children" yang bertekad untuk mencegah dan merawat kanak-kanak yang berdepan dengan keganasan. Melalui pertandingan reka bentuk, Blanc & Eclare menyeru masyarakat untuk merekabentuk cermin mata mereka sendiri. Reka bentuk yang berjaya akan dihasilkan dan dimasukkan ke barisan produk Blanc & Eclare, dengan semua keuntungan dari penjualan tersebut disalurkan ke yayasan 'Help For Children'.[7]

Pada tahun 2018, Blanc & Eclare mengumumkan sebuah pakej baru hasil kolaborasinya dengan The Landmark Mandarin Oriental, Hong Kong. Pakej tersebut meliputi pakaian yang direka khas untuk tetamu.[8] Pada tahun yang sama, Blanc & Eclare juga mengumumkan kolaborasi terhad bersama model Korea Selatan, Irene Kim, yang dipanggil "Love is Good".[9] Pada September, Blanc & Eclare dan Keds berkolaborasi untuk meraikan Minggu Fesyen New York dengan mengadakan sebuah acara eksklusif. Beberapa pembeli dapat menerima kasut Triple Kick buatan Keds yang dihasilkan oleh Blanc & Eclare dan ditandatangani oleh Jung.[10] Pada Oktober, jenama ini bekerjasama dengan Zalora untuk melancarkan koleksi beg edisi terbatas yang direka oleh Jung dengan nama "Poppy".[11] Kolaborasi kedua dengan Zalora dilancarkan pada November, dengan nama "Rosie".[12] Pada Disember, Blanc & Eclare berkolaborasi dengan Casetify untuk melancarkan koleksi sarung ekslusif untuk iPhone.[13]

Pad.a Mei 2019, Blanc & Eclare berkolaborasi dengan Vogue Korea untuk Vogue Market tahunan keduanya. Koleksi edisi terhad ini mengandungi sebuah beg mini kanvas yang terdapat dalam empat warna berbeza, dan dilengkapi dengan gantungan kunci yang dapat dilepaskan.[14][14]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Jessica Jung on Moving into Fashion From K-Pop: 'It Came Very Naturally'". Billboard. Dicapai pada 2018-06-09.
  2. ^ "K-Pop Star Jessica Jung on Her Denim Essentials". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-09.
  3. ^ "K-Pop Star Jessica Jung Opens Blanc & Eclare's First U.S. Flagship in New York City". Fashionista (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-09.
  4. ^ "블랑앤에클레어". blancgroup.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-09.
  5. ^ "This K-Pop Star's Fashion Line Has Finally Landed Stateside" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-09.
  6. ^ "블랑앤에클레어". blancgroup.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-08-21.
  7. ^ "Jessica's 'BLANC & ECLARE' to collaborate with 'Help For Children' charity and launch a design competition". allkpop. Dicapai pada 2018-06-09.
  8. ^ "The Landmark Mandarin Oriental Announces Jessica Jung Of Blanc & Eclare Loungewear Collaboration | Mandarin Oriental Hotel, Corporate". www.mandarinoriental.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-06-09.
  9. ^ "제시카의 블랑앤에클레어, 아이린과 함께 캡슐 컬렉션 LOVE IS GOOD 런칭" (dalam bahasa Kanuri). Dicapai pada 2018-06-10.
  10. ^ "BLANC & ECLARE on Instagram: "Kicking off fall in style! BLANC & ECLARE and @keds are celebrating New York Fashion Week with an exclusive sneaker customization event on…"". Instagram (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-09-30.
  11. ^ Browning, Justine. "Zalora teams with Jessica Jung's Blanc & Eclare for limited edition bag collection" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-16.
  12. ^ "ZALORA Collaborated with Jessica Jung for the Second Time to Launch the Rosie Bag". www.myfatpocket.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-22. Dicapai pada 2018-12-22.
  13. ^ "Casetify's Taps K-Pop Star Jessica Jung for Its Latest Collaboration". HYPEBAE. Dicapai pada 2018-12-22.
  14. ^ a b "VOGUE MARKET-보그 코리아". 보그 코리아(VOGUE Korea) (dalam bahasa Kanuri). Dicapai pada 2019-06-08.

Pautan luar

sunting