Bongai

kesenian tradisi kaum etnik Minangkabau berasal daripada Sumatera Barat

Bongai atau juga dikenali sebagai Lantak Kudo, Rentak Kuda, atau Petasih merupakan satu kebudayaan Minangkabau yang terkenal di Negeri Sembilan, Malaysia.

Bongai mencapai puncak kemasyhurannya pada 1950-an di mana ia dianggap sebagai kemestian dalam sebarang majlis yang diadakan terutamanya majlis perkahwinan.

Secara mudah Bongai merujuk kepada majlis berbalas pantun secara melagukannya dengan kadang kala diiringi alat muzik. Pada masa dahulu, ia sering diadakan pada waktu malam, selepas balik dari bendang dan huma. Biasanya bermula sekitar pukul sepuluh (selepas solat isyak) sehinggalah sebelum tarhim (azan subuh).

Pautan luar sunting