Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.

Bubur sum-sum merupakan sejenis kuih yang dimakan dengan kuah manis (air nisan/gula). Bubur sum-sum mempunyai rupa dan rasa yang hampir sama dengan kuih lompat tikam tetapi bubur sum-sum hanya mempunyai bahagian kepala (kuih lompat tikam) (bahagian atas yang bewarna putih). Bubur sum-sum dibuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama-sama air nisan atau gula kabong.

Bubur sum-sum atau kuih sum-sum.

Ia terdapat di Malaysia (terutama di bahagian pantai timur) dan juga di Indonesia.[1]

Asal sunting

Tiada maklumat mengenai asalnya.

Nama sunting

Nama Bubur sum-sum datangnya dari rupanya seperti sum-sum tulang.

Penyebaran sunting

Bubur sum-sum biasanya agak tahan lama, tetapi kuahnya yang manis itu boleh menarik perhatian banyak serangga seperti semut dan lipas. Bubur sum-sum tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia agak jarang untuk dihasilkan bagi jualan harian, tetapi biasanya dihasilkan hanya untuk makan sendiri.

Dalam budaya popular sunting

Bubur sum-sum biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan pagi atau petang. Bubur sum-sum biasanya agak sukar untuk dihidangkan kerana ia mempunyai kuah yang melekit dan manis, yang akan menarik perhatian serangga seperti semut dan lipas. Oleh itu Bubur sum-sum biasanya jarang dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting