Kebudayaan Indonesia

(Dilencongkan daripada Budaya Indonesia)

Kebudayaan Indonesia secara sempit dapat ditakrifkan sebagai seluruh kebudayaan Indonesia yang telah ada sebelum terbentuknya negara Indonesia pada tahun 1945. Seluruh kebudayaan tempatan yang berasal daripada kebudayaan beraneka ragam suku-suku kaum di Indonesia adalah merupakan bahagian-bahagian kebudayaan Indonesia yang penting.

Berbagai khazanah kebudayaan Indonesia: Bendera Merah Putih, Wayang Kulit, Garuda Pancasila, Keris, Nusantara, Candi Borobudur, tarian Papua, Masjid Raya Baiturrahman, Rumah Gadang Minangkabau, ukiran kayu khas Toraja, Sate, Angklung, tari Pendet dari Bali, Tumpeng, Gamelan, serta Batik dan Songket.

Kerajaan-kerajaan yang bernafaskan agama Hindu dan Buddha sempat mendominasi Nusantara pada abad ke-5 ditandai dengan berdirinya kerajaan tertua di Nusantara, Kutai sampai ke penghujung abad ke-15.

Kebudayaan Cina masuk dan mempengaruhi kebudayaan Indonesia kerana interaksi perdagangan yang intensif antara pedagang-pedagang Cina dan Nusantara (Sriwijaya). Selain itu, banyak pula yang masuk bersama perantau-perantau Cina yang datang dari daerah selatan China dan menetap di Nusantara. Mereka menetap dan mengahwini penduduk tempatan menghasilkan perpaduan kebudayaan Cina dan tempatan yang unik. Kebudayaan seperti inilah yang kemudian menjadi salah satu akar daripada kebudayaan tempatan moden di Indonesia seperti kebudayaan Betawi.

Kebudayaan Arab masuk bersama penyebaran agama Islam oleh pedagang-pedagang Arab yang singgah di Nusantara dalam perjalanan mereka menuju negara China.

Bangunan Rumah Tersuai

sunting

Sumatra

sunting
  1. Rumoh Aceh (Aceh)
  2. Bolon (Sumut)
  3. Omo Hada (Nias)
  4. Rumah Gadang (Sumbar)
  5. Uma Mentawai (Mentawai)
  6. Selaso Jatuh Kembar (Riau)
  7. Bubungan 5 (Bengkulu)
  8. Rumah Larik (Kerinci)
  9. Rumah Panggung Kajang Lako (Jambi)
  10. Belah Bubung (Kepri)
  11. Rumah Limas (Palembang)
  12. Rumah Rakit (Bangka)
  13. Nuwo Sesat (Lampung)
  1. Rumah Baduy (Banten)
  2. Rumah Gudang Betawi (DKI Jakarta)
  3. Kasepuhan (Cirebon)
  4. Julang Ngapak (Jabar)
  5. Joglo (Jawa Tengah)
  6. Bangsal Kencono (Jogja)
  7. Omah Osing (Jatim)

Kalimantan

sunting
  1. Rumah Radakng (Kalbar)
  2. Rumah Adat Baluk (Bengkayang)
  3. Rumah Betang (Kalteng)
  4. Rumah Lamin (Kaltim)
  5. Rumah Baanjung (Kalsel)
  6. Rumah Baloy (Kaltara)
  7. Rumah Adat Bulungan (Bulungan)

Nusa Tenggara

sunting
  1. Gapura Candi Bentar (Bali)
  2. Bale Lumbung (Lombok)
  3. Dalam Loka (Sumbawa)
  4. Musalaki (Ende)
  5. Ume Kbubuk (Timor Tengah Utara)
  6. Uma Lulik (Belu)

Sulawesi

sunting
  1. Rumah Bugis (Sulsel)
  2. Tongkonan (Toraja)
  3. Balla Lompoa (Makassar)
  4. Rumah Boyang (Sulbar)
  5. Souraja (Sulteng)
  6. Tambi (Poso)
  7. Dulohupa (Gorontalo)
  8. Walewangko (Sulut)

Maluku hingga Papua

sunting
  1. Baileo (Maluku)
  2. Sasadu (Malut)
  3. Rumah Kaki 1000 (Papua Barat)
  4. Emawa (Nabire)
  5. Honai (Papua Pegunungan dan Papua)

Pautan luar

sunting