Budaya Politik Konservatif di Malaysia

Gagasan politik rentas bangsa merupakan suatu idea yang dipelopori oleh kesedaran bahawa negara Malaysia ini perlu berevolusi dalam perihal memilih langkah politik yang sesuai dengan masyarakat majmuk di dalam negara. Skala politik negara yang sederhana, memerlukan pengundi untuk juga menimbangkan parti yang dipilih, di atas kepercayaan bahawa pemerintah akan datang daripada parti ataupun gabungan yang dapat memenuhi semua aspek aspek yang menekankan tentang kesinambungan bangsa dan agama. Lantas, perkataan konservatif kini semakin sebati di kalangan rakyat Malaysia, mengingat kepada tiupan api bangsa yang semakin hari semakin menebal di kalangan masyarakat.[1]


Apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek pada Ogos 2010 mendakwa bahawa UMNO menjadi semakin konservatif dalam aspek agamadalam usahanya mendapatkan undi orang Melayu dari PAS, beliaumenerima kritikan yang meluas. Hujah balas yang dikemukakan olehUMNO dan termasuklah PAS sendiri ialah mereka bukanlah partiyang konservatif ataupun liberal. Reaksi sebegini adalah difahami apabila menyebut perkataan ‘konservatif’ yang umumnya mempunyai

konotasi yang pejorative.Diletakkan secara mudah, penulis mengambilmaklum bahawa konservatisme sememangnya perlu dilihat dengansikap yang begitu berhati-hati kerana sifat ‘kecairannya’.


Bagi menjustifikasikan hujah ini, bab ini akan dibahagikan kepadaempat bahagian. Bahagian pertama ialah melihat kedudukankonservatisme sebagai sebuah ideologi. Ia akan disusuli denganperbincangan mengenai kedudukan UMNO sebagai sebuah rejim konservatif berdasarkan sifatnya sebagai sebuah parti dominan.Bahagian ketiga akan menerangkan kriteria kedua dalam mengenalpasti kedudukan UMNO sebagai rejim konservatif dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip utama konservatisme ke dalam kepercayaan dan amalan politiknya.

Konservatisme sebagai Sebuah Ideologi sunting

 

Pandangan pertama melihat konservatisme hanya merupakankaraktor, bentuk pemikiran atau kecenderungan memilih sesuatuyang telah menjadi kebiasaan berbanding sesuatu yang tidak terbukti. Antara pendukung-pendukung kategori ini termasuklah pengasas konservatif moden di Amerika Syarikat, Russel Kirk dan Michael Oakeshott.Tafsiran kedua pula melihat konservatisme dalam bentuk yang lebih sistematik iaitu, sebagai sebuah falsafah, ideologi, teori atau sistemkepercayaan. Biarpun diakui istilah-istilah ini mempunyai kedudukandan perbezaan yang tersendiri, dapatan yang ditemui dalam kajian-kajian mengenai konservatisme tidak menampakkan satu pemisahanbesar memandangkan ia sering digunakan secara bersilih ganti. Bagitujuan bab ini, konservatisme akan dirujuk sebagai sebuah ideologi.Namun persoalannya, adakah ideologi wujud dalam amalan politik pemerintah di Malaysia? Ideologi tidak semestinya wujud dalam bentuk yang jelas seperti ideologi sosialisme yang mendasari sistem bekas Soviet Union. Dalam maksud lain, ia boleh dianuti secara tidak disedari dan tidak semestinya diinstitusikan secara nyata. John Funston dalam kajiannya mengenai ideologi parti UMNO dan PAS sememangnya mengakui bahawa ideologi tidak wujud secara jelas khususnya dalam perjuangan rejim pemerintah.


Konteks pertama ialah dalam melihat spektrum politik khususnyadengan menelusuri perbincangan mengenai gerakan nasionalisme Tanah Melayu. Aliran ‘kanan’ mewakili kuasa politik yang dominan iaitu, pemerintahan kerajaan Perikatan/BN yang ditunjangi UMNO mempertimbangkan sejarah golongan ini yang mampu mengakomodasi kehendak British dalam mendapatkan kemerdekaan.Sehubungan itu, mereka secara amnya dianggap sebagai ‘nasionalis konservatif’ berdasarkan kepimpinannya yang datang dari elitaristokrat, pro-British dan cenderung mengekalkan kelangsunganbeberapa aspek tradisional kaum masing-masing. Lawan kepada kutub ini iaitu aliran ‘kiri’ pula dianggap berbentuk ‘radikal’ dan gagal mendapatkan pengiktirafan British dan sebahagianbesar rakyat Tanah Melayu. Perjuangan parti-parti seperti PartiKomunis Malayu, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) mewakili gambaran parti-parti yang memperjuangkan perubahan atas skala yang segera dan drastik. Walaupun begitu, harus dijelaskan bahawa pengkelasan ini sering dicabar oleh sarjana-sarjana tempatan.


Walaupun bukan skop kajian ini untuk mendalami debat di atas,tetapi dalam konteks kajian ini harus diingatkan yang konservatismetidak semestinya dikaitkan hanya dengan penyandang kuasa kerana ia juga boleh wujud dalam mana-mana kontinum politik sama adakiri atau kanan, sama ada demokratik ataupun authoritarian dan sama ada rejim pemerintah atau pembangkang. Seperti hujah SamuelHuntington, konservatisme lebih merupakan persoalan situational atau positional

.Beliau melihat konservatisme sebagai satu sistem idea yang diguna pakai untuk menjustifikasikan sebarang langkah sedia ada dari sebarang cabaran yang boleh menjejaskan sifat dan bentuknya. Sebarang tindakan yang dilihat bertentangan dengan keadaan atau persetujuan yang telah diinstitusikan dengan baik akandianggap sebagai musuh konservatisme .Berdasarkan hujah ini, tidak menghairankan perbincangan mengenai konservatisme di Malaysia tidak terhad berkisar hanya terhadaprejim pemerintah. Sebagai contohnya, dalam konteks yang kedua,konservatisme seringkali ditemui dalam wacana mengenai gerakanIslam. Terdapat tanggapan yang melihat konservatisme merupakan salah satu dari pemikiran Islam di Malaysia.Debat juga sering wujud mengenai sifat parti seperti PAS yang dianggap ‘konservatif’ dan ‘tradisional’ berbanding UMNO yang mewakili aliran ‘progresif ’dan ‘sederhana’. Namun dalam PAS juga, terdapatnya usaha untuk mengkelaskannya kepada dua golongan iaitu ‘liberal dan konservatif’.Hal yang sama turut terlihat dalam beberapa isu sensitif membabitkanu mat Islam sehinggakan ada pengkritik melihatnya sebagai elemen ‘konservatisme agama’.


Prinsip konservatif ialah mengutamakan kepentingan komuniti dan masyarakat melebihi individu. Untuk itu, konservatif amat menekankan keperluan untuk memberi perhatian terhadapaspek-aspek seperti autoriti, kepimpinan, undang-undang, disiplindan kepatuhan. Aspek ini bukanlah semata-mata perlu dilihat daripengekalan keselamatan atau kestabilan, tetapi boleh bertujuanmenjamin kelangsungan sesuatu rejim dengan pengamalan konseppemerintah yang kuat. Dalam konteks Malaysia, pencirian karaktorrejim dengan pelbagai gelaran seperti strong state,semi-demokrasi, soft authoritarian,statist democracy dan developmentalist state melambangkan penekanan terhadap faktor kestabilan dan status quoyang diperjelaskan oleh penggunaan pemaksaan, institusi-institusi politik yang mempunyai orientasi konservatif dan mempunyai hubungan simbiotis yang jelas dengan pemerintah.


Fakta yang lebih tepat dalam mengukuhkan hujah ini ialah dengan melihat gagasan Nilai Asia yang didukung Mahathir. Beberapa kajian telah menghujahkan bahawa Nilai Asia yang didukung kuat oleh Mahathir mencerminkan penghayatan kuat terhadap ideologi konservatisme. Idea-idea sepertipemerintah yang kuat, kesinambungan pembangunan, ketidaksesuaian demokrasi beracuan Barat, penekanan terhadap hak-hak komunitimelebihi hak individu, kepatuhan terhadap orde dan autoriti,pengembalian nilai-nilai tradisional dan mengandaikan perubahansebagai sesuatu yang boleh menggugat proses pembangunanmerupakan antara elemen-elemen yang amat kuat mendasari kejayaan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian baru.

 
Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Konservatisme juga ditandakan menerusi penolakan terhadap usaha mencari kesamaan sosial (social equality). Hal ini kerana sesuatu susunan dan konvensyen tradisional secara sejarahnya berbentuk hierarki dan kurang egalitarian. Berikutan ini, aspek-aspek seperti kuasa dan keistimewaan terbahagi secara tidak rata. Justeru,menentang perubahan bermakna menentang sebarang percubaanuntuk mengubah status quo yang dicirikan oleh ketidaksamaan ini. Dalam praktiknya, UMNO enggan mengakui hak sama rata wujud bagi semua rakyat negara. Seperti yang telah dijelaskan, elemen-elemen yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan seperti kedudukan institusi beraja, status agama Islam dan bahasa Melayu serta hak istimewa orang Melayu membayangkan kuasa dan keistimewaan yang tidak dipunyai sama rata. Reaksi UMNO apabila elemen-elemen ini dipertikai atau cuba dimansuh bolehdirumuskan dengan meminjam kata-kata Edmund Burke bahawa [i]n this partnership all men have equal rights;but not to equal things…By having a right to everything they want everything.


Tiga elemen penting yang ditekankan dalam definisi pengoperasian ini ialah keseimbangan (equilibrium). Ia bermaksud sistem tersebut telah dapat berdiri dengan stabil secara relatifnya dalam satu jangka waktu yang lama. Tempoh masa yang lama ini telah mengindikasikan satu kebenaran dan pemerolehan legitimasi tanpa mengira persoalan excesses

yang muncul seiring dalam sistem tersebut. Sebagai contoh,Mahathirisme merupakan satu bentuk konservatisme politik berikutan kejayaan yang dihasilkannya. Pemerintahannya yang berlangsung dalam waktu yang lama telah dengan berkesannya menanam nilai dan budaya politik yang menjadikan rakyat terbiasa. Biarpun pemerintahan beliau sarat dengan

collateral damage , konservatisme ini menjadikan pemerintahan beliau seakan-akan sesuatu yang absah.Kedua ialah keharmonian. Keharmonian di sini bukanlah dalam maksud yang longgar seperti kestabilan. Keharmonian dihujahkan sebagai kefahaman mengenai bagaimana sistem tersebut harusdiatur dan dioperasikan.[2] Dalam contoh yang lebih mudah, hal ini boleh diperjelaskan melalui beberapa manifestasi yang dikaitkan berada dekat dengan prinsip UMNO seperti pengwujudan konsep parti menguasai kerajaan, konsep kerajaan mengetahui yang terbaik dan dominasi etnik Melayu. Kebolehramalan sebagai elemen yangterakhir pula diterjemahkan dengan pengertian bahawa perjalanan sistem tersebut mudah untuk diramalkan dan tidak wujudnya elemen kejutan dalam skala yang besar. Misalannya, bagi setiap pilihan raya umum yang diadakan, Barisan Nasional dijangka akan memperoleh imajoriti dua pertiga (sekurang-kurangnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16). Ruang awam pula diberikan dalam bentuk yang terhad dan penggunaan kawalan dan pemaksaan sentiasa diaplikasikan bagi melenturkan unsur-unsur kepembangkangan.[3]


Artikel ini telah cuba melihat kedudukan UMNO sebagai sebuah rejim konservatif dengan melihat kedudukannya sebagai parti dominandan prinsip-prinsip konservatisme yang terinstitusi kuat dalam amalan dan kepercayaan politiknya. Dengan kepimpinan Mahathir yang boleh dianggap sebagai konservatif par excellence , beliau telah dapat mengekalkan keseimbangan rejim dalam masa yang panjang dan menginstitusikan nilai-nilai kepimpinannya dengan kuat.Pada masa Abdullah mengambil alih kepimpinan, konservatisme telah mengampuh dan mempunyai dinamika tersendiri – baik dalam kalangan UMNO, institusi kerajaan, birokrat dan kumpulan berkepentingan. UMNO melihat impak kepimpinan Mahathir telahmemberikan faktor keseimbangan, keharmonian dan kebolehramalan kepada karaktor rejim.

  1. ^ Huntington, Samuel (1957). ‘Conservatism as an Ideology’, American Political Science Review , 51, no.2: 454-473
  2. ^ Jost, John . et. al (2003). ‘Political Conservatism as Motivated SocialCognition’, Psychological Bulletin , 129, no. 3: 339-375.
  3. ^ UMNO dan Konservatisme 117Fewsmith, Joseph. (1995). Neoconservatism and the End o the Dengist Era. Asian Survey 35.7: 635-651.Funston, John (1980). Malay Politics in Malaysia: A Study o UMNO & PAS .Kuala Lumpur: Heinemann, 1980.Giddens, Anthony (2002). Runaway World: How Globalisation Is Reshaping Our Lives . London: Prole Books.Hampsher-Monk, Iain (1987). Te Political Philosophy o Edmund Burke .London: Longman. Harakah Daily.Net , 12 September 2009, ‘BN mungkin akan ditolak sepertiLDP - Dr M’, http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=22467:bn-mungkin-akan-ditolak-seperti-ldp-dr-m&catid=1:utama&Itemid=50 (akses pada 12 Januari 2011).Hari Singh (1998). ‘radition, UMNO and political succession in Malaysia’, Tird World Quarterly , 19, no. 2: 241-254.