Hasmi Hashim

penulis dan ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Buddhi Hekayat)

Hasmi Hashim (lahir pada 1976) ataupun lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat merupakan seorang ahli politik, budayawan, pengkritik seni dan penulis lirik dan skrip yang terkenal. Beliau lahir dan membesar di Batu Pahat, Johor dan merupakan lulusan Fakulti Seni Halus, Institut Teknologi Mara (kini UiTM), Shah Alam[1]. Beliau mengutamankan menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya ketika berkarya.[2]

Penglibatan politik sunting

Beliau bergiat aktif bersama Gerakan Reformasi sejak 1998. Pada tahun 2008, Hasmi telah dipilih oleh Parti Keadilan Rakyat untuk ertanding sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Johor dalam Pilihan Raya Umum ke- 12. Beliau mencatat keputusan pilihanraya terbaik sepanjang keputusan PRU bagi DUN berkenaan. Beliau juga merupakan Ketua Cabang termuda dalam Parti Keadilan Rakyat dan memimpin cabang Parit Sulong dari tahun 2007 hingga 2014. [3]

Aktivisme sosial & intelektual sunting

Dalam lapangan intelektual, Hasmi merupakan salah seorang pendiri kelompok penulis dan pemikir muda "Telawi"; bersama Institut Kajian Dasar (IKD), Pusat Graduan Timur Tengah (MegC) dan Pusat Dialog Terbuka (ODC). Selepas PRU-12, beliau bertugas selama dua tahun sebagai pembantu Ahli Parlimen Telok Kemang selain sejak beberapa tahun lalu beliau merupakan salah seorang penulis ucapan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail. Hasmi juga merupakan alumnus Institut FNS dan Jerman (2005), menyertai Pameran Antarabangsa Gwangju Bianelle, Korea Selatan (2001). Beliau juga dianugerahkan sebagai salah seorang pemenang Bakat Muda Selangor 2010 anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Kewartawanan sunting

Di antara tahun 2000 hingga 2003, Hasmi pernah bertugas di akhbar Berita Keadilan selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com.

Penulisan lirik & skrip sunting

Hasmi juga dikenali sebagai penulis lirik dan hasil karyanya meliputi penyanyi ternama tanahair seperti lagu kumpulan Spider ("Ajaib"), Hafiz AF "Awan Nano" (Juara Lagu 26)[4] dan lagu Angin Syurga nyanyian Misha Omar. Beliau turut menghasilkan skrip bagi telemovie Siapa Dapat Lisa? (2013) dan Novel Fana (2014) yang telah diterbitkan oleh Astro.

Rujukan sunting