Bum (kapal)

Bum (Bahasa Arab: بوم) juga dikenali sebagai dhangi di India,[1] ialah sejenis dhow, kapal layar tradisional Arab. Bum ialah dhow laut dalam yang bersaiz sederhana.

Gambar sebuah bum di Kuwait.
Bum India sedang belayar. Perhatikan luan (bahagian hadapan) yang rendah.
Bum; Muzium Maritim di Kuwait

Dhow jenis ini mempunyai dua tiang layar dengan layar lateen, buritan yang meruncing dan bentuk keseluruhan yang lebih simetri berbanding dhow jenis lain. Bum Arab memiliki haluan tinggi berbanding bum India.[2] Bum menggantikan baghlah dan ghanjah yang lebih bera dan lebih sukar dikemudi. Bum kebanakannya dibina di India dan Kuwait dan digunakan kebanyakannya di pesisir pantai Arabia, Pakistan dan Afrika Timur.

Pada masa kini terdapat bum yang dipasang dengan enjin terutamanya di wilayah Teluk Parsi. Sebuah bum layar penuh dipaparkan pada jata Kuwait, menekankan peranan penting yang dimainkan dhow kepada negara itu di mana ia digunakan dalam perdagangan mutiara dan perdagangan lain.[3]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ K. N. Chaudhuri, Trade and Civilisation in the Indian Ocean, Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-28542-1
  2. ^ "Dhow Ship - Types". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-25. Dicapai pada 2012-10-01.
  3. ^ Kuwait Boom

Bacaan lanjutSunting

  • Clifford W. Hawkins, The dhow: an illustrated history of the dhow and its world.

Pautan luarSunting

Templat:Ship-type-stub