Cakerawala

Dalam kosmologi Alkitab, cakerawala atau samawi ialah struktur di atas atmosfera Bumi, yang dianggap berbentuk kubah.[1] Menurut kisah penciptaan Kitab Kejadian, Allah menciptakan cakerawala untuk memisahkan "air di atas" Bumi dari "air di bawah" Bumi.[2]

Kosmos Perjanjian Lama.
Matahari, planet dan malaikat dan cakerawala. Cukil kayu tertanggal tahun 1475.

Penggunaan AlkitabSunting

Cakerawala disebutkan dalam Kejadian 1:6-8 dalam kisah penciptaan Kitab Kejadian:

Berfirmanlah Allah: "Jadilah cakerawala di tengah segala air untuk memisahkan air dari air." Maka Allah menjadikan cakerawala dan Ia memisahkan air yang ada di bawah cakerawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan jadilah demikian. Lalu Allah menamai cakerawala itu langit. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kedua.[3]

RujukanSunting

  1. ^   "Firmament". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton Company. 1913.
  2. ^ "And God said, Let there be a firmament in the midst of the waters, and let it divide the waters from the waters""Genesis 1:6".
  3. ^ Kejadian 1:6–8

Pautan luarSunting