Canary Wharf is located in Bumi
Canary Wharf
Canary Wharf (Bumi)

Canary Wharf (makna: "Dermaga Canary") adalah satu daerah perniagaan utama di London, di dalam Boro London Tower Hamlets. Ia adalah salah satu daripada dua pusat kewangan utama di United Kingdom (UK) – bersama-sama dengan Bandaraya London – dan terdapat banyak bangunan tertinggi di Eropah, termasuklah bangunan kedua tertinggi di UK iaitu One Canada Square terletak di kawasan ini.[1][2]

Canary Wharf mengandungi sekitar 1.5 juta meter persegi (16 juta kaki persegi) ruang pejabat dan runcit, di mana sekitar 730 ribu meter persegi (kira-kira 49%) daripadanya dimiliki oleh syarikat Canary Wharf Group.[3] Sekitar 105,000 orang bekerja di kawasan ini[4] dan ia menjadi tempat bagi ibu pejabat pelbagai bank, firma perkhidmatan profesional dan pertubuhan media dunia dan Eropah seperti Barclays, Citigroup, Clifford Chance, Credit Suisse, EY, Fitch Ratings, HSBC, Infosys, J.P. Morgan, KPMG, MetLife, Moody's, Morgan Stanley, RBC, Deutsche Bank, S&P Global, Skadden, State Street, dan Thomson Reuters.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Heron Tower becomes tallest building in The City". BBC News. 21 Februari 2010. Dicapai pada 11 November 2010.
  2. ^ "United Kingdom list of tallest buildings". SkyscraperPage.com. Dicapai pada 12 Januari 2009.
  3. ^ "Higher occupancy lifts Canary Wharf's Songbird". Reuters. 22 Mac 2007. Dicapai pada 11 November 2010.
  4. ^ "Canary Wharf boss sees future in creative campus - Financial News". Dicapai pada 3 Mac 2014.

Bacaan lanjut sunting

  • Kevin D'Arcy (2012). London's 2nd City: Creating Canary Wharf. Rajah Books. ISBN 0955670624.

Pautan luar sunting