Carta Gantt ialah carta yang dibuat untuk bagi mewakili proses kawalan penghasilan dalam industri. Carta ini memakai grafik berbatang. Penciptanya ialah Henry L. Gantt. Beliau memakai carta ini untuk menjelaskan hubungan antara produksi di industri semasa Perang Dunia Pertama. Jadual setiap kegiatan diwakili oleh garis mendatar yang lurus. Tempoh pekerjaan pula ditentukan dengan ukuran panjang garis. Carta Gantt digunakan bagi jadual ringkas atau projek-projek yang terpisah satu sama lain. Grafik kemajuan pekerjaan pula boleh disertakan dengan lengkung S. Bentuk S pada carta Gantt dianggap wajar oleh kerana kegiatan proses yang lambat di awal dan akhir bahagian, tetapi cepat di tengah-tengah proses. Carta Grantt memberikan penjelasan bahawa tahap awal proses berlangsung lambat karena masih memerlukan penyelesaian tahap persiapan dengan biaya yang kecil. Pada tahap pertengahan, Carta Grantt menampilkan kemajuan pekerjaan oleh kerana biaya proses yang lebih banyak. Menjelang akhir proses, carta Gantt menampilkan kemajuan pekerjaan yang kembali melambat akibat waktu penyelesaian yang lama.[1]

Contoh sunting

Dalam jadual di bawah, ada tujuh langkah, dilabel a hingga g. Sebilangan proses boleh dibuat serentak (a dan b), tetapi yang lain tidak boleh bermula selagi proses pendahulu siap (c dan d tidak boleh dimulakan selagi a belum tamat). Tambahan lagi, setiap proses memiliki tiga anggaran tempoh: anggaran optimistik (O), anggaran paling mungkin (M), dan anggaran pesimistik (P). Tempoh jangkaan (TE) dianggar dengan taburan kebarangkalian beta dengan formula (O + 4M + P) ÷ 6.

Aktiviti Pendahulu Tempoh jangkaan (hari) Tempoh dikira (TE)
Opt. (O) Normal (M) Pes. (P)
a 2 4 6 4.00
b 3 5 9 5.33
c a 4 5 7 5.17
d a 4 6 10 6.33
e b, c 4 5 7 5.17
f d 3 4 8 4.50
g e 3 5 8 5.17

Setelah siap, carta Gantt atau rajah jaringan dapat dihasilkan.

 
Carta Gantt dihasilkan dengan Microsoft Project. Nota: (1) Haluan kritikal adalah berwarna merah, (2) Tempoh apungan ditandai garis hitam pada aktiviti tak kritikal, (3) Memandangkan hari Sabtu dan Ahad bukan hari bekerja dan tidak disertakan dalam jadual, sesetengah palang pada carta adalah lebih panjang sekiranya turut melibatkan hari-hari itu.

Rujukan sunting

  1. ^ Hidayat, S. dan Maranatha Wijayanigtyas (2019). Manajemen Konstruksi Dalam Perspektif Administrasi Pembangunan dan Pemasaran (PDF). Surabaya: PT Muara Karya. m/s. 36. ISBN 978-602-53690-9-4.