Buka menu utama
Komputer catur dengan skrin LCD pada 1990-an

Catur komputer ialah seni bina komputer yang merangkumi perkakasan dan perisian komputer yang mampu bermain catur tanpa panduan manusia. Catur komputer berfungsi sebagai alat hiburan solo (yang membolehkan pemain berlatih atau berhibur jika lawan manusia tidak ada), sebagai alat bantu kepada analisis catur, untuk pertandingan catur komputer dan penyelidikan bagi kognisi manusia.