Cerita Anak Penang

Cerita Anak Penang adalah sebuah komik yang diterbitkan sebagai sebahagian daripada siri kesedaran Dasar Keterangkuman Gender yang diperkenalkan sejak tahun 2019 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Cerita Anak Penang ini mengisahkan tentang empat sahabat iaitu Siti, Tan, Priya, dan Harjit yang berkongsi pengalaman berdepan dengan streotaip gender dalam kehidupan seharian mereka.

Komik empat puluh (40) mukasurat ini membawakan penceritaan yang santai untuk bacaan seisi keluarga.


Rujukan: [1] Cerita Anak Penang