Cerita nenek tua

Kebenaran yang disangka yang sebenarnya palsu atau khurafat

Cerita nenek tua adalah julukan menghina yang digunakan bagi menunjukkan bahawa apa yang dikatakan benar itu sebenarnya tahyul atau tidak benar. Farsa ini datangnya dari tanggapan bahawa kisah yang diceritakan oleh wanita tua ini tidak mungkin benar, tidak kira carita apapun. Farsa ini digunakan dari konteks merendahkan nilai pengetahuan wanita. Kisah tersebut dianggap tahyul, cerita rakyat atau dakwaan yang tidak disahkan dengan perinciah tambahan atau diperbesarkan. Pada hari ini sesetengah "Cerita nenek tua" terbukti sahih. Cerita nenek tua sering kali berkisar pada kebimbangan tradisi wanita, mengandung, baligh, hubungan sosial, kesihatan, dan zat permakanan.

Cerita nenek tua sering kali bagi melarang tingkah-laku yang tidak diingini pada kanak-kanak, atau dalam perubatan tradisi bagi penyakit dari sakit gigi hingga ceret-birit.

Konsep Cerita nenek tua telah wujud selama beberapa abad. Pada tahun 1611, Bible King James diterbitkan dengan terjemahan tulisan Apostle Paul pada murid mudanya Saint Timothy, "Tetapi elakkan makian dan cerita nenek tua, ...." (I Timothy 4:7 KJV[1]).

Tradisi lisan

sunting

Cerita nenek tua berasal dari penceritaan lisan. Ia biasanya dikembangkan oleh wanita buta huruf, menceritakan sesama sendiri atau pada kanak-kanak. Cerita tersebut tidak cuba menerap moral tetapi bagi memberi pengajaran dan menjadikan konsep sukar seperti mati dan baligh mudah bagi kanak-kanak memahaminya. Juga cerita ini digunakan bagi menakutkan kanak-kanak supaya tidak melakukan sesuatu perkara.[2] Contohnya. Jangan bermain pada waktu maghrib atau akan disorok hantu.

Kisah sebegini sering dihimpun oleh lelaki yang terpelajar dan dijadikan kisah bertulis. Cerita dongeng oleh Basile, Perrault, dan Grimms berasal dari tradisi lisan wanita. Penulis lelaki ini mengambil kisah dari wanita, dengan wirawati dan wira yang berani, bijak dan menukarkannya sebagai kisah mengajar moral bagi kanak-kanak.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Blue Letter Bible – 1 Timothy 4:7
  2. ^ The Guardian, 15 May 2010, Greer, Germaine. "Grandmother's footsteps" http://www.guardian.co.uk/books/2010/may/15/germaine-greer-old-wives-tales
  3. ^ Zipes, Jack. "The Trials and Tribulations of Little Red Riding Hood," Routledge, 1993 ISBN 0-415-90834-5

Pautan luar

sunting