Cermin Kereta adalah kaca yang dikenali sebagai Windscreen dalam bahasa Inggeris. Di Indonesia cermin kereta digelar Cermin Automobil, manakala cermin kereta dipanggil cermin keretapi.

Jenis Cermin Kereta [1] sunting

1. Cermin Kereta Selapis
2. Cermin Kereta Berlapis

Cermin kereta Selapis sunting

Cermin selapis (single layer glass) juga dikenali sebagai "Tempered Glass" atau "Temperlite" dalam Bahasa Inggris.

 

Cermin selapis atau cermin single layer biasanya dipasangkan pada bahagian pintu cermin dan belakang kereta.

Kebaikan cermin selapis adalah ia tidak begitu tajam, walaupun terkena serpihan cermin kecederaan pemandu tidak seteruk terkena serpihan cermin dari cermin laminated.

Apakah kebaikan dan keburukan cermin single layer (Tempered Glass) ?

Kebaikan cermin selapis adalah dari segi kecemasan, pemandu senang keluar mengikut pintu apabila terjatuh ke dalam sungai dan laut.

Keburukan cermin selapis adalah apabila retak ia juga sukar dilihat dan dipandu. Cermin single layer akan retak seribu serpihan jikalau cermin tersebut tiada tint film.

Cermin kereta Berlapis sunting

Cermin kereta berlapis juga dikenali sebagai cermin "double layer" dalam Bahasa Inggris.
Cermin Kereta berlapis juga dikenali sebagai "Laminated Glass" atau "Lamisafe" dalam Bahasa Inggris.

 


Apakah kebaikan dan keburukan cermin double layer (Laminate) ?

Kebaikan cermin berlapis adalah apabila terkena batu ia masih boleh dilihat dan dipandu, tidak seperti cermin selapis.

1. Keburukannya cermin berlapis adalah sepihan yang pecah amat tajam.

Jikalau terkena serpihan cermin laminated pada bahagian badan akibatnya boleh sangat serius.

Jesteru itu, Pemakaian Tali Pinggan Keledar adalah penting kerana ia mungkin menyelamatkan nyawa anda.


2. Keburukan cermin Berlapis adalah dari segi keluar dari kereta apabila kecemasan

Apabila terjatuh ke sungai ataupun laut ia sukar untuk pemandu menyelamatkan diri dan keluar dari kereta. Walaupun pemandu selamat keluar mengikut cermin hadapan, pemandu mungkin mengalami kecederaan serius.

Cara nak mengenal-pasti Cermin Kereta Selapis dan Berlapis sunting

Cara mengenal pasti cermin kereta selapis dan berlapis adalah senang, anda cuma perlu tengok tulisan yang ada pada logo cermin anda.

 


2. https://www.cerminkereta.my