Chappelle's Show ialah sebuah rancangan komedi sketsa dari Amerika Syarikat ciptaan (dan lakonan) Dave Chappelle bersama Neal Brennan. Siri ini mula ditayangkan dalam saluran Comedy Central pada 22 Januari 2003.

Chappelle's Show
Fail:Chappelle logo.jpg
PenciptaDave Chappelle
Neal Brennan
Dibintangi oleh
Dave Chappelle
Charlie Murphy
Donnell Rawlings
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bilangan musim3
Bilangan episod28 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran22 minutes
Syarikat penerbitan
Pilot Boy Productions
Marobu Productions
Comedy Central Productions
Penyiaran
Saluran asalComedy Central
Siaran asal22 Januari 2003 (2003-01-22) – 23 Julai 2006 (2006-07-23)
Pautan luar
Laman sesawang

Program ini terkenal dengan persembahan-persembahan dan lakonan yang banyak mendekati tema jenaka dibawa Chapelle yang penuh kontroversi seperti hubungan antara kaum di Amerika Syarikat (lagi-lagi terhadap masyarakat kulit hitam, penyalahgunaan dadah dan arak serta keganasan senapang secara bernada santai yang tampak ringan.

Format sunting

Setiap episod rancangan ini dimulakan dengan suatu lawak tunggal disampaikan Chapelle yang merangkumi banyak topik disebut di atas; lawak yang disampaikan ini merupakan pengenalan kepada sketsa yang ditayangan kepada penonton langsung.[1]

Episod program ini ditamatkan dengan suatu persembahan secara langsung oleh seorang artis hip hop atau soul.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Wisniewski, K.A. (2009). The Comedy of Dave Chappelle:Critical Essays. Jefferson, North Carolina: McFarland & Company, Inc., Publishers. m/s. 15. ISBN 9780786454273.

Pautan luar sunting