Buka menu utama
Chohong
Lambang Melaka.png
StatusMukim
Asal namaLidah Tanah dan “Chu Hong”
Negara Malaysia
Negeri Melaka
DaerahDaerah Jasin
MukimChohong
PekanChohong
Keluasan789 hektar

Mukim Chohong dan juga sebagai Kampung Chohong terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Jasin dan 6 kilometer dari Bandar Tangkak dalam daerah Ledang Johor. Kedudukan kampung ini memang strategik iaitu di kawasan sempadan Melaka – Johor dengan berlatarbelakang Gunung Ledang.Pelbagai cerita mengenai asal usul nama kampung Chohong diperolehi, salah satu versi adalah diceritakan oleh orang dulu-dulu, nama kampung Chohong ini berkaitan dengan lubang besar yang disebut lubang “terlohong”.

Satu lagi versi dan digunakan pakai mengenai asal usul kampung Chohong ini ialah berkaitan dengan kapal dagang yang namanya “Chu Hong”.Ceritanya, pada masa dahulu Sungai Kesang yang terletak di Chohong memang besar dan digunakan untuk urusan pengangkutan serta perdagangan. Sungai Kesang yang memisahkan Kampung Chohong (Melaka) dan Kampung Sialang di Tangkak (Johor) merupakan salah satu lokasi perdagangan yang dikunjungi ramai pedagang dari China.Kapal Chu Hong ini adalah salah satu kapal yang sering berlabuh di sungai tersebut. Penduduk kampung pada ketika itu sering berurusan dan bila di Tanya hendak ke mana mereka akan menyebut “nak ke kapal Chu Hong”.Lama kelamaan sebutan itu menjadi lebih ringkas, mereka akan menyebut “nak ke Chu Hong” dan kerana itulah penduduk menggelarkan kampong itu sebagai Kampung Chohong.

Sejarah Kampung Chohong

Sejarah Kampung Chohong bermula kira-kira tahun 1700-an. Pada masa dahulu berlakunya penghijrahan 40 keluarga dari Pagar Ruyung. Mereka telah menyusuri Kuala Sungai Kesang sehingga ke hulu sungai. Mereka berhenti di suatu kawasan hutan belukar untuk berehat. Akhirnya, mereka bersepakat untuk membuka perkampungan di kawasan hutan tersebut. Pada awalnya, kawasan yang ditebang dan dijadikan penempatan penduduk Pagar Ruyung dinamakan “Lidah Tanah”. Mereka berhijrah secara beramai-ramai dari kampung lama mereka iaitu Kampung Batu Sangkar ke penempatan baru pada abad ke 18.

Mereka berhijrah bersama-sama dengan penghulu, seorang imam, beberapa orang panglima serta pawang. Kerjasama dan usaha antara mereka untuk membuka perkampungan baru di sini membuahkan hasil dan mereka menamakan tempat ini dengan nama Lidah Tanah.

Pada awal abad ke 19, berlaku perkembangan ekonomi yang pesat ketika itu. Penduduk Pagar Ruyung telah membuka kawasan pertanian sawah padi dan hasil-hasil pertanian lain seperti sagu rumbia, ubi kayu, buah-buahan serta hasil hutan seperti rotan, damar dan lain-lain. Perkembangan ekonomi mereka bertambah pesat lagi apabila hasil usaha mereka dalam bidang pertanian dan hasil hutan dapat dipasarkan keluar.Pada waktu itu, Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang terkenal dan mempunyai pelabuhan bagi pedagang-pedagang dari luar. Kapal-kapal dagang pada ketika itu singgah di Sungai Kesang untuk ke pelabuhan Melaka. Terdapat sebuah kapal dagang yang selalu singgah di kawasan penempatan mereka. Kapal yang dinamakan “Chu Hong” menjadi alat perhubungan dan pengangkutan untuk penduduk menghantar hasil pertanian mereka ke tempat perdagangan di Melaka.Setiap kali kapal dagang Chu Hong tiba di penempatan mereka, penduduk di situ akan berteriak “Kapal Chu Hong datang, Kapal Chu Hong datang.” Dari situlah, nama “Chu Hong” diambil untuk nama kampung mereka. Pada awalnya kampung ini dipanggil Kampung “Chu Hong” namun ejaannya ditukarkan sebagai “Chohong” dan akhirnya disebut Kampung Chohong. (dipetik dari web perpustakaan desa Kampung Chohong)

KampungSunting

Pekan BerdekatanSunting

Pautan BerkaitanSunting