Chongjin (Chosŏn'gŭl: 청진시; MR: Ch'ŏngjin-si) merupakan ibu kota wilayah Hamgyong Utara di Korea Utara serta bandar ketiga terbesar di negara tersebut.

Chongjin
청진
Bandar
Pemandangan Chongjin
Pemandangan Chongjin
Nama panggilan: Bandar Besi[1]
Kedudukan Chongjin di wilayah Hamgyong Utara
Kedudukan Chongjin di wilayah Hamgyong Utara
NegaraKorea Utara
WilayahHamgyong Utara
Zon waktuUTC+9 (Waktu Pyongyang)

Geografi sunting

Chongjin terletak di kawasan timur laut Korea Utara berdekatan Teluk Korea Timur di Laut Jepun. Sungai Sosong mengalir melalui bandar ini dan merupakan kawasan Gunung Komal.

Sejarah sunting

Sebelum pendudukan Jepun di Korea, Chongjin merupakan sebuah kampung perikanan kecil.

Ketika Perang Jepun-Rusia pada 1904, pihak Jepun telah menetapkan kem bekalan di sini berikutan kedudukannya yang terletak berdekatan Manchuria. Pihak Jepun tetap berada di situ selepas perang, dan menjadikan Chongjin sebagai bandar pelabuhan untuk barangan-barangan Korea dan China.[2] Ketika ini, bandar ini digelar "Seishin", sebutan Jepun bagi nama bandar tersebut.

Semasa kebuluran Korea Utara pada 90-an, Chongjin merupakan salah satu kawasan yang paling teruk terjejas, dengan bekalan makanan yang terjejas sehingga kadar kematian dikatakan pada 20%.[1]

Pentadbiran sunting

Bandar ini ditadbir di bawah wilayah Hamgyong Utara sejak 1987 hingga kini. Namun, Chongjin pernah menjadi bandar pentadbiran langsung sebanyak dua kali. Chongjin dibahagikan terhadap tujuh buah wad (구역, kuyŏk).[3]

Ekonomi sunting

Chongjin merupakan pusat perkilangan besi keluli dan gentian penting untuk Korea Utara. Meskipun begitu, aktiviti perkilangan di Chongjin kini terjejas akibat kekurangan bahan mentah. Bandar tersebut juga memegang kira-kira 24% dari perdagangan asing negara dan memiliki konsulat China yang berhubung dengan pihak saudagar China di kawasan timur laut Korea Utara.[4] Bandar ini juga menempatkan sebuah pasar yang bernama Pasar Sunam.[5]

Perkapalan sunting

Pelabuhan Chongjin telah menjalinkan hubungan dengan pelabuhan-pelabuhan Asia Timur dan Tenggara. Daripada lapan buah pelabuhan antarabangsa di Korea Utara, pelabuhan ini dikatakan merupakan yang terpenting selepas pelabuhan Nampo.[6] Chongjin juga mempunyai sebuah kelab pelaut bagi mengurusukan kegiatan para pelaut Korea Utara dan negara asing.[4]

Pendidikan sunting

Bandar ini menempatkan beberapa institut pengajian tinggi awam seperti Universiti Teknologi Chongjin.

Pengangutan sunting

Chongjin memiliki sebuah lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Chongjin. Chongjin dihubungkan dengan bandar Pyongyang dan Rason melalui Laluan Pyongra.

Hubungan antarabangsa sunting

Chongjin mempunyai konsulat dari Republik Rakyat China dan Rusia. Bandar ini juga menjalinkan hubungan bandar kembar dengan dua buah bandar di China, iaitu Changchun dan Jilin.[7][8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Demick, Barbara (2010). Nothing to Envy: Real Lives in North Korea (ed. UK). Granta Publications. ISBN 978-1-84708-141-4.
  2. ^ "Woolverton Inn - Ceremony - North Korea's Geography & Major cities - A Map viewing major cities and the capital of North Korea. Highlighting important geographical locations and points of interest. One in particular being the 38th parallel". www.communitywalk.com.
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-02. Dicapai pada 2006-11-02. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ a b Smith, Hazel (2009).North Korean Shipping:A Potential for WMD Proliferation?, Asia Pacific Issues. No. 87. Retrieved on 2010-12-28.
  5. ^ Kim, Jieun (June 9, 2017). "North Korea Party Officials Monopolize Local Market Stands". Radio Free Asia. The source referred to thriving Sunam Market in North Hamgyong’s capital Chongjin—North Korea’s third-largest city—where profits from running a stand can generate profits “as high as those earned by foreign currency-generating organizations.”
  6. ^ Asia Trade Hub, http://www.asiatradehub.com/n.korea/ports.asp Diarkibkan 2016-03-29 di Wayback Machine
  7. ^ "Chongjin(D.P.R.K.)". Changchun Municipal People's Government. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
  8. ^ "Chongjin(D.P.R.K.)". People's Government of Jilin. 12 April 2011. Dicapai pada 22 Oktober 2017.

Pautan luar sunting

  •   Media berkenaan Chongjin di Wikimedia Commons
  •   Panduan pelancongan Chongjin dari Wikivoyage