Filem Ciplak berkisar pada usaha seorang anak muda untuk menyeludup masuk DVD cetak rompak ke England dan halangan yang ditempuh sepanjang hari sebelum dia terbang ke sana. Filem ini dihasilkan dengan kos RM 10 000, antara yang termurah di Malaysia.

Ciplak
PengarahKhairil M Bahar
PenulisKhairil M Bahar
Dihasilkan olehAflam Sdn Bhd dan FYI Creative
DibintangiKhairil M Bahar, Ariff Aris (yang juga pengarah fotografi filem ini), Tony Pietra (pengarah fotografi kedua), Hassan Peter Brown, Ben & CK, Farah Maria, Nanzeen Halim, Faizal Painchan dan Abdul Qahar
BahasaBahasa Inggeris

Sinopsis

sunting

Templat:Spoiler Di Malaysia, isu cetak rompak bukan saja biasa malah ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat. Cetak rompak telah membolehkan golongan berpendapatan rendah menikmati barangan yang diidamkan seperti kasut sukan atau beg yang berjenama dan menikmati filem-filem terkini dengan harga yang jauh lebih rendah melalui DVD cetak rompak. Bagi Jo yang sedang belajar di England, isu DVD cetak rompak bukanlah masalah, malah dapat mendatangkan kebaikan terhadap dirinya. Dia dapat meraih keuntungan seperti "durian runtuh" dengan membekalkan DVD cetak rompak kepada sesiapa sahaja yang berminat di England. Dalam semester yang terakhirnya, Jo telah pergi ke Malaysia untuk mendapatkan DVD cetak rompak, "kerjanya" yang terakhir sebelum dia kembali ke Malaysia untuk selama-lamanya.

Dia sedar dia bakal menjadi lebih kaya dengan hasil perolehan jualan 175 DVD cetak rompak ini yang telah ditetapkan harganya pada 50 pound setiap satu kepada seorang lelaki yang ingin mencetaknya. Tetapi, apa yang dia tidak tahu ialah pada hari yang dinanti-nantikan itu bakal menjadi titik sejarah hitamnya apabila berlakunya satu operasi anti-cetak rompak yang terbesar dalam sejarah.