Cota (juga dipanggil kayu pemukul, belantan, martil, gada, palu, tembung, atau baton dalam bahasa Inggeris) ialah sejenis belantan yang bulat panjang diperbuat dari kayu, getah, plastik, atau logam. Ia dibawa sebagai alat pematuhan dan senjata pertahanan[1] oleh pegawai polis, pegawai penjara, pengawal keselamatan dan anggota tentera. Nama Inggeris baton diperolehi daripada bahasa Perancis bâton (cota), berasal daripada Bahasa Perancis Lama Baston, dan bahasa Latin bastum. [2]

Sebuah helmet Polis Chicago era tahun 1968 dan cota

Sebagai senjata cota boleh digunakan secara defensif (untuk menghalang) atau secara ofensif (untuk memukul, menghentak, atau mengetuk), dan ia boleh membantu dalam penggunaan kunci lengan. Tindakan mengetuk atau pukulan yang biasa tidak dihasilkan oleh hentakan yang mudah dan langsung, seperti dengan objek tumpul biasa, tetapi sebaliknya dengan menurunkan lengan secara mendadak sambil membenarkan pemukul berputar hampir bebas ke hadapan dan ke bawah, jadi menggerakkan hujungnya lebih cepat daripada pegangannya. Cota juga digunakan untuk tujuan bukan senjata seperti memecahkan tingkap untuk membebaskan individu yang terperangkap dalam kenderaan, atau mengosongkan poket suspek semasa pencarian (sebagai langkah berjaga-jaga terhadap objek tajam).

Sesetengah penjenayah menggunakan cota sebagai senjata kerana pembuatannya yang ringkas dan mudah disorok. Penggunaan atau membawa cota atau belantan improvisasi oleh orang selain daripada pegawai polis adalah dilarang oleh undang-undang di banyak negara.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Massad F. Ayoob (1978). Fundamentals of Modern Police Impact Weapons. Thomas. ISBN 978-0-398-03748-2.
  2. ^ "Baton | Origin and meaning of baton by Online Etymology Dictionary".
  •   Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). "Baton". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.

Pautan luar sunting