Crank: High Voltage

Crank: High Voltage (bergantian tajuk Crank 2: High Voltage) ialah sebuah filem aksi Amerika 2009 yang ditulis dan diarahkan oleh Mark Neveldine and Brian Taylor. Ia adalah sekuel kepada filem Crank 2006, dan dibintangi oleh Jason Statham, Amy Smart, Clifton Collins Jr., Efren Ramirez, Bai Ling, David Carradine, dan Dwight Yoakam. Kisah ini mengikuti bekas pembunuh bayaran Chev Chelios, yang, sejurus selepas terselamat dari kejatuhan maut di jalanan Los Angeles, diculik dan hatinya telah dicuri oleh samseng China Yang menggantikannya dengan organ tiruan yang direka untuk memastikan dia hidup selama sejam. Chev Kemudiannya mencari jantungnya sambil mengekalkan dirinya dicas elektrik untuk terus hidup. Filem ini turut menampilkan beberapa kemunculan cameo selebriti dari pelbagai media hiburan.