Curtiss XP-42 ialah pesawat pejuang eksperimen yang dibina oleh syarikat Curtiss Aircraft pada akhir 1930-an untuk menyelidik penyejukan enjin dan meningkatkan prestasi pesawat Curtiss P-36 .

XP-42
Peranan Pesawat kajian enjin penyejuk
National origin Amerika Syarikat
Pengeluar Curtiss-Wright
Penerbangan sulung Mac 1939
Jumlah dibina 1
Dibangunkan daripada Curtiss P-36

Reka bentuk dan pembangunan sunting

Pengeluaran keempat pesawat P-36 (siri 38-004) secara langsung telah menjadi platform pembangunan sebagai penggantinya yang dinamakan sebagai XP-42 oleh USAAC. Pesawat XP-42 ini dikuasakan oleh enjin Pratt & Whitney R-1830-31 yang dipasang dengan cowling yang lebih panjang dan diperkemas serta pemutar kipas yang besar. Ciri-ciri ini merupakan percubaan untuk meningkatkan aerodinamik enjin jejarian penyejuk udara. Disebabkan ciri ini, pesawat XP-42 menyerupai pesawat yang dilengkapi dengan enjin penyejuk cecair dalam talian (seperti pesawat P-40, satu lagi hasil daripada pembangunan pesawat P-36).

Apabila XP-42 pertama kali terbang pada Mac 1939, ia terbukti lebih pantas daripada pesawat P-36. Bagaimanapun, P-40 lebih laju dan penutup muncung baharu menyebabkan masalah penyejukan enjin yang tidak dapat diselesaikan, walaupun setelah sekurang-kurangnya 12 set pengubahsuaian dilakukan. Projek XP-42 telah dibatalkan. Walau bagaimanapun, prototaip XP-42 telah dikekalkan sebagai unit ujian dan kemudiannya dipasang dengan ekor yang boleh bergerak ( penstabil ), untuk tujuan penyelidikan. Pesawat ini telah dibatalkan pada 15 Julai 1947. [1]

Spesifikasi (XP-42) sunting

Data dari Curtiss aircraft, 1907-1947[2]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1
  • Panjang: 28 ka 6 in (8.69 m)
  • Rentang sayap: 37 ka 3.5 in (11.367 m)
  • Tinggi: 11 ka 1 in (3.38 m) top of propeller disc
  • Luas sayap: 235.9 ka2 (21.92 m2)
  • Airfoil: root: NACA 2215; tip: NACA 2209[3]
  • Berat kosong: 4,818 lb (2,185 kg)
  • Berat kasar: 5,650 lb (2,563 kg)
  • Berat berlepas maks: 6,260 lb (2,839 kg)
  • Janakuasa: 1 × Pratt & Whitney R-1830-31 14-cylinder air-cooled radial piston engine, 1,050 hp (780 kW)
  • Bebaling: 3-bilah constant-speed propeller

Prestasi

  • Halaju maksimum: 315 mph (507 km/j, 274 kn) at 15,000 ka (4,600 m)
  • Halaju kruis: 270 mph (430 km/j, 230 kn)
  • Jarak: 730 bt (1,170 km, 630 nmi)

Persenjataan


Lihat juga sunting

Perkembangan berkaitan

  • Curtiss P-36 – pendahulu P-40
  • Curtiss YP-37 – reka bentuk eksperimen berdasarkan P-36
  • Curtiss P-40
  • Curtiss XP-46 – reka bentuk lain berdasarkan P-40; tidak dimasukkan ke dalam pengeluaran

Rujukan sunting

 

  1. ^ "Forgotten Props - A Warbirds Resource Group Site". www.forgottenprops.warbirdsresourcegroup.org. Dicapai pada 2019-11-16.
  2. ^ Bowers, Peter M. (1979). Curtiss aircraft, 1907-1947. London: Putnam. m/s. 365. ISBN 978-0370100296.
  3. ^ Lednicer, David. "The Incomplete Guide to Airfoil Usage". m-selig.ae.illinois.edu. Dicapai pada 16 April 2019.