Buka menu utama

Dalil aqli adalah dalil yang bersumber dari akal (aqli dalam bahasa Arab = akal) selagi tidak melanggar penyataan alquran dan hadis.[1] Allah S.W.T hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal, kerana hanya mereka yang dapat memahami agama dan syariat-Nya.

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Allah S.W.T berfirman: Ertinya :

"Dan merupakan peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal." [Surah Shaad: 43]

Taklif Beban HukumSunting

Akal merupakan syarat yang harus ada dalam diri manusia untuk dapat menerima taklif (beban kewajiban) dari Allah S.W.T. Hukum-hukum syari’at tidak berlaku bagi mereka yang tidak menerima taklif. Dan di antara yang tidak menerima taklif itu adalah orang gila kerana kehilangan akalnya.

Rasulullah S.A.W bersabda, ertinya :

"Pena (catatan pahala dan dosa) di angkat (dibebaskan) dari tiga golongan ; orang yang tidur sampai bangun, anak kecil sampai bermimpi, orang gila sampai ia kembali sedar (berakal)." [2]

Pembatasan wilayah kerja akalSunting

Pembatasan wilayah kerja akal dan pikiran manusia sebagaimana firman Allah S.W.T. Ertinya :

"Mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: “Ruh itu adalah urusan Rabb-ku. Dan tiadalah kalian diberi ilmu melainkan sedikit." [Surah Al-Israa’: 85]

Firman Allah S.W.T ertinya :

"Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya." [Surah Thaahaa: 110]

Pandangan Ahlus SunnahSunting

Ulama Salaf (Ahlus Sunnah) senntiasa mendahulukan naql (wahyu) atas ‘aql (akal). Naql adalah dalil-dalil syar’i yang tertuang dalam Al-Quran dan as-Sunnah.

Secara ringkas pandangan Ahlus Sunnah tentang penggunaan akal, di antaranya sebagai berikut :

  1. Syari’at didahulukan atas akal, kerana syari’at itu ma’shum sedang akal tidak ma’shum.
  2. Akal mempunyai kemampuan mengenal dan memahami yang bersifat global, tidak bersifat terperinci.
  3. Apa yang benar dari hukum-hukum akal pasti tidak bertentangan dengan syari’at.
  4. Apa yang salah dari pemikiran akal adalah apa yang berten-tangan dengan syari’at.
  5. Penentuan hukum-hukum tafshiliyah (terinci seperti wajib, haram dan seterusnya) adalah hak syariat.
  6. Akal tidak dapat menentukan hukum tertentu atas sesuatu sebelum datangnya wahyu, walaupun secara umum ia dapat mengenal dan memahami yang baik dan buruk.
  7. Balasan atas pahala dan dosa ditentukan oleh syari’at.

Dari sini dapat dikatakan bahawa keyakinan Ahlus Sunnah adalah yang benar dalam masalah penggunaan akal sebagai dalil. Jadi, akal dapat dijadikan dalil jika sesuai dengan Al-Quran dan as-Sunnah atau tidak bertentangan dengan keduanya. Dan jika ia bertentangan dengan keduanya, maka ia dianggap bertentangan dengan sumber dan dasarnya. Dan keruntuhan dasar bererti juga keruntuhan bangunan yang ada di atasnya. Sehingga akal tidak lagi menjadi hujah (bukti, alasan) namun berubah menjadi dalil yang bathil.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • Kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Oleh Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa, Po Box 264 Bogor 16001, Cetakan Pertama Jumadil Akhir 1425H/Agustus 2004M

Nota kakiSunting

  1. ^ Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama, JAKIM
  2. ^ HR. Abu Dawud (no. 4403), Shahih Sunan Abi Dawud (III/832 no. 3703).