Dasar keterangkuman gender

Dasar Keterangkuman Gender (DKG) merupakan dasar yang telah dirangka bagi memastikan wujudnya keseimbangan gender dan mempromosikan kesaksamaan gender di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dasar ini akan dilaksanakan selaras dengan visi Penang 2030. ‘Keterangkuman Gender’ (KG) merupakan suatu persekitaran yang menerima, menghormati serta memahami perbezaan terhadap keperluan dan juga hak kesamarataan bagi wanita dan lelaki. KG adalah pendorong untuk mencapai kesaksamaan gender dan keadilan sosial agar hak-hak asasi dapat dinikmati oleh rakyat dari pelbagai gender, etnik dan juga latar belakang.