Delima ialah sejenis permata berwarna merah. Delima adalah sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala Mohs. Delima merupakan permata kelahiran untuk bulan Julai.

Batu delima.

Sifat-sifat yang menentukan harga delima dalam pasaran ialah warna, kejernihan, potongan, dan karat. Delima yang terbaik dikatakan mempunyai warna merah yang terang dan pekat.

Sumber sunting

Delima yang terbaik dilombong di Myanmar. Bekalan-bekalan lain termasuklah Kenya, Pakistan, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, dan Vietnam.