Demokrasi belia pemangkin kemajuan negara

Demokrasi belia pemangkin kemajuan negara dalam membina satu masyarakat yang maju, gemilang dan berjaya melalui pemilihan umum, organisasi pemuda, aktivisme serta advokasi dan belbagai lagi.

Setiap negara mentakrifkan belia dengan maksud yang yang berbeza bergantung pada perbezaan orientasis disiplin, psikologi masyarakat dan fahaman pakar-pakar ahli sains sosial. Dasar Pembangunan Belia Negara serta Akta Belia Negara [1] mentakrifkan golongan belia adalah induvidu yang berusia 15 tahun sehingga 40 tahun. Bilangan belia adalah separuh dari jumlah penduduk negara Malaysia. Semenjak kemerdekaan lagi, golongan belia telah melibatkan diri dalam menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara meliputi aspek politik, ekonomi, sosial budaya atau pendidikanHassan, Mohammad Rizan (16 Mei 2019). "Hari Belia Malaysia: Apa perlu ada dalam jiwa anak muda". astroawani. Dicapai pada 17 Jun 2023.. Oleh itu, belia merupakan komponen penting dalam kejituan dan kekuatan sesuatu kemajuan bangsa dan negara.


Demokrasi adalah satu sistem kerajaan di mana rakyat dibenarkan untuk menyertai proses menggubal undang-undang , atau boleh difahami juga bahawa kekuasaan politik berada pada tangan rakyat. Rakyat yang bernanung di bawah pemerintahan berasakan sistem demokrasi diberikan hak untuk mengundi, bersuara dan perlindungan hak asasi manusia. Negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi memberikan kesempatan kepada rakyatnya untuk turut serta dalam proses pemilihan keputusan politik. Melalui ini, rakyat diberikan suara dalam memilih bakal pemimpin serta ahli politik yang akan mewakili kepentingan mereka. Perkara ini bukan sahaja memberi hak suara kepada rakyat, malah ia juga akan melahirkan perasaan tanggungjawab dalam pembetukan masa depan negara mereka[2]. Selain itu, demokrasi melindungi kebebasan berpendapat dan berekspresi. Ini kerana, induvidu memiliki hak untuk mengemukakan pendapat, mengkritik pemerintah tentang perkara yang tidak dipersetujui mereka dan mengeluarkan pendapat mereka tanpa takut dihukum. Perkara ini menciptakan ruang untuk perdebatan sihat, pemikiran kritis, serta inovasi dalam masyarakat[3]. Demokrasi juga sering kali dihubungkan dengan perlindungan hak asasi manusia. Ini kerana sistem demokrasi yang kuat mendorong kepada pengakuan dan mempertegakkan hak-hak dasar seperti menyuarakan hak-hak atas induvidu, pendidikan, ketiadakadilan politik, dan sebagainya[4].

Belia kini adalah penerus kepimipinan masa hadapan negara. Tampuk kepimpinan keluarga, syarikat, komuniti, industri dan negara hari ini akan diserahkan kepada mereka pada suatu hari nanti. Oleh itu, jelas disini bahawa belia mempunyai kuasa untuk mengubah negara, masyarakat, dan dunia apabila mereka berazam dan bersatu[5]. Membina negara adalah suatu proses yang panjang serta amat mencabar, dan tanggungjawab dalam pembinaan negara bukanlah tanggungjawab yang diletakkan pada mana-mana generasi. Oleh itu, golongan belia hendaklah bangkit dan berusaha kepada perubahan positif negara dengan sentiasa melibatkan diri dan menyuarakan pendapat menggunakan sisterm demokrasi negara.

Negara yang membangun secara saksama merentasi geografi hanya boleh diperoleh melalui kesedaran dan kesungguhan belia dalam membina negara yang madani. Apabila golongan belia cakna akan tanggungjawab dan manfaat sistem diplomasi negara, mereka akan mula berfikir dengan lebih matang dan bertindak memulihkan perkara yang dilihat salah, dan bukan menghukum tanpa sebarang tindakan.

Demokrasi belia adalah pemangkin kemajuan negara,dan ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara, diantaranya adalah pemilihan umum, organisasi pemuda, aktivisme serta advokasi dan belbagai lagi.

Pemilihan umum

Pemilihan umum adalah diantara medium yang digunakan oleh golongan belia untuk memanfaatkan hak bersuara mereka. Pemilihan umum untuk memilih pemimpin dan wakil rakyat mengajar belia untuk berfikir ke arah kebijakan dan memilih pemimpin yang mendorong kemajuan dan pembangunan yang inklusif.

Organisasi pemuda

Melibatkan diri dalam organisasi pemuda politik atau masyarakat adalah diantara cara bagi belia melibatkan diri dalam demokrasi negara. Ini kerana, organisasi-organisasi ini memberikan platform untuk berdiskusi, mempelajari isu-isu politik, dan mendorong kepada perubahan positif dalam masyarakat. Melalui platform ini, belia dapat menyampaikan suara mereka dan bekerjasama sesama belia untuk mencapai tujuan bersama.

Aktivisme dan advokasi

Selain dari penglibatan dalam organisasi, golongan belia juga boleh mendaftarkan diri dalam aktivis dan advokat dalam isu-isu yang mereka anggap penting. Penglibatan diri dalam perkara sedemikian mendidik mereka untuk menyuarakan pendapat, mengatur aksi protes yang tidak menyalahi undang-undang negara dan bekerja untuk mengubah kebajikan yang tidak adil atau merugikan. Aktivisme dan advokasi yang aktif dan teratur dapat membantu menaik perhatian masyarakat dan kerajaan pada isu-isu yang membantu pada kemajuan negara.

Oleh kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum, maka golongan belia hendaklah memecahkan jurang perkauman yang wujud dalam membawa Malaysia yang lebih sejahtera, sesuai dengan wawasan Malaysia Madani. disimpulkan bahawa, golongan belia adalah kunci kemajuan negara pada masa hadapan. Akan tetapi, kemajuan ini hanya akan tercapai sekiranya mereka menyedar akan kelebihan yang mereka miliki. Oleh kerana itu, golongan belia hendaklah cakna akan masa depan yang memerlukan mereka. Meskipun golongan belia jarang sekali dapat memegang jawatan di dalam sistem pemerinatahn negara. Namun, mereka hendaklah terus bersedia dengan melibatkan dan mendedahkan diri pada diplomasi negara.

Rujukan sunting

  1. ^ Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian (1985). Dasar Pembangunan Belia Negara. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. m/s. 1.
  2. ^ A.Dahl, Robert (1998). On Democracy. United State: Yale University. m/s. 2 pages. ISBN 9780300254051.
  3. ^ Stuart Mill, John (2001). On liberty. canada: Batoche Books. m/s. 3.
  4. ^ Sen, Amartya (2000). "Development as freedom: taking economics beyond commodities—the cautious boldness". Journal of Interantional Development. 12: 1 – melalui Wiley Online Library.
  5. ^ Ahmad Rodzi, Tuty Haryanti (2 November 2022). "Belia Mesti Sedia Terajui Negara". bharian. Dicapai pada 17 Jun 2023.