Dendam Kesuma (Tulisan Jawi: دندم کسوما; Bahasa Inggeris: Kesuma's Revenge) merupakan sebuah filem hantu Malaysia 2021 yang diarahkan oleh Jefri Jefrizal serta menampilkan dirinya sendiri, mengisahkan kisah dendam yang membawa sengsara jiwa. Namun demikian, filem ini telah mendapat kritikan yang negatif daripada pelbagai pihak media.

Dendam Kesuma
PengarahJefri Jefrizal
Dibintangi
  • Jefri Jefrizal
  • Bella Paloma
  • Marisa Ezureen
  • Haliza Khalili
Syarikat
penerbitan
Richplus Media
Tarikh tayangan
4 November 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Hadri (Jefri Jefrizal), dia mula alami kemurungan dan tekanan perasaan sejak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma. Namun demikian, hasil perkahwinannya dengan Meena, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali (Nazreen Putra) dan Suri (Marissa Ezureen). Namun, suasana di dalam rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya. Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu tidak diendahkan oleh Hadri. Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru itu, sikap aneh Suri itu sering menimbulkan persoalan kepada Meena.[1]

Pelakon sunting

  • Jefri Jefrizal sebagai Hadri
  • Bella Paloma sebagai Meena
  • Haliza Khalili sebagai Kesuma
  • Nazreen Putra sebagai Ali
  • Marissa Ezureen sebagai Suri

Penerimaan Filem sunting

Dendam Kesuma telah terkenal kerana kualitinya yang kurang baik, dengan pengulas menyebut lakonan dan dialog kayunya, bunyi dan penyuntingan amatur dan plot yang tidak masuk akal. Filem ini telah menerima pelbagai kritikan yang negatif daripada pelbagai pihak pengulas filem.[2][3]

Rujukan sunting

  1. ^ Azhafizah MN (25 September 2021). "Filem Dendam Kesuma". Dicapai pada 21 Januari 2022.<
  2. ^ Ahmad Fariszuan (6 November 2021). "Review Filem: Dendam Kesuma (2021)". Dicapai pada 21 Januari 2021.
  3. ^ Zhaf Vlog (16 November 2021). Dendam Kesuma - Movie Review. Dicapai pada 21 Januari 2021.

Pautan luar sunting