Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh

Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh sunting

Latar Belakang sunting

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 2004. Penempatan ini mula diduduki Fasa 1 pada tahun 2005 dan Fasa 2 pada tahun 2012 dengan bilangan rumah sebanyak 79 buah rumah dan memberi manfaat kepada 419 orang penduduk di Daerah Kuala Muda.

Sejarah Kampung sunting

Kawasan ini dikenali sebagai Bukit Tukang Jusoh sempena nama seorang tukang rumah yang terkenal di sekitar tahun 1800 yang telah membina rumahnya di atas bukit jauh dari penduduk kampung. Nama Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh diambil sempena nama asal kampung asal yang merupakan nama tukang rumah tersebut.

Info Desa sunting

Nama Desa Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh
Mukim Bukit Meriam
DUN Pantai Merdeka
Parlimen Sungai Petani
Daerah Kuala Muda
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi sunting

Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh terletak di dalam Mukim Bukit Meriam. Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh ini terletak di kawasan tanah pamah yang dikelilingi bukit. Keluasan kawasan ini ialah 16.9 ekar meliputi kawasan perumahan, surau, Pusat Komuniti Desa, Tadika dan dewan.

Kepimpinan sunting

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 13 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 9 Biro  yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Noor Azham bin Omar   
Timbalan Pengerusi Ishak bin Che Rus
Setiausaha Muhammad Shukur bin Yahaya
Bendahari Mahani binti Suee
Biro Wanita Rusmaria binti Mohamad Nanyan
Biro Kebajikan Mohamad bin Ismail
Biro Keselamatan Rohizat binti Samsuddin
Biro Belia dan Sukan Muhammad Syafiq Alif bin Suhai
Biro Pembangunan Mohd Shukri bin Saidin
Biro Kebudayaan Faridah binti Muhammad
Biro Keceriaan Habsah binti Ishak
Biro Ekonomi Ranizam bintiTalib
Biro Agama Mohammad Asri bin Hashim

Maklumat Penduduk sunting

Maklumat penduduk Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 419
Jumlah Keluarga 79
Bilangan Penduduk Lelaki 217
Bilangan Penduduk Perempuan 202

Pendidikan sunting

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh adalah seperti berikut :

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 8
Diploma 15
Ijazah 6
Jumlah 29

Pendapatan Kasar Isi Rumah sunting

Penduduk Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 20
RM531.00 - RM790.00 15
RM791.00 - RM1,319.00 80
>RM1,319.00 36

Kegunaan Tanah sunting

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh ialah sebanyak 16.9ek yang merangkumi kawasan dewan 0.48ek, tapak kediaman 15.3ek, gelanggang futsal 0.23ek, Pusat Komuniti Desa 0.22ek, dan Tadika 0.67ek.

Hak Milik Penduduk sunting

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 153
Motosikal 158
Lori 3
Motorbot 10

Kemudahan Asas sunting

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 2.3 km dan lampu jalan sebanyak 10 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 79 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh dilengkapi dewan orang ramai 1 unit, surau 1 unit, Pusat Komuniti Desa 1 unit, gelanggang futsal 1 unit dan Tadika 1 unit.

Golongan Khas sunting

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Bukit Tukang Jusoh adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (Orang)
OKU umur 18 tahun dan ke atas Tiada
Bapa Tunggal 1
Ibu Tunggal 12
Anak Yatim Tiada