Desa KEDA Paya Lipai

Desa KEDA Paya Lipai sunting

Latar Belakang sunting

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Paya Lipai merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah  Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada Tahun 1990. Penempatan ini mula diduduki pada tahun 1992 dengan bilangan rumah sebanyak 50 buah rumah dan memberi manfaat kepada 250 orang penduduk di Daerah Pendang.

Sejarah Kampung sunting

Desa KEDA Paya Lipai terletak di dalam Mukim Padang Kerbau, Daerah Pendang. Desa KEDA ini terletak kira-kira 15 km dari Pekan Pendang. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah mewujudkan penempatan ini dan nama Desa KEDA diambil dari nama asal kampung tersebut. Penempatan PPRT ini merupakan kampung tersusun yang ke-5 dibina pada tahun 1990.

Info Desa sunting

Nama Desa Desa KEDA Paya Lipai
Mukim Padang Kerbau
DUN Sungai Tiang
Parlimen Pendang
Daerah Pendang
Negeri Kedah

Geografi sunting

Desa KEDA Paya Lipai terletak di dalam Mukim Padang Kerbau. Desa KEDA Paya Lipai ini terletak di kawasan tanah pamah. Keluasan kawasan ini ialah 9.37 ekar meliputi kawasan perumahan, pertanian, surau, padang bola dan dewan. Kawasan ini diusahakan dengan tanaman sayuran dan pisang. Kawasan sekitar dikelilingi dengan tanaman getah dan kelapa sawit.

Kepimpinan sunting

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Paya Lipai. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu melaksanakan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 16 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 12 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Paya Lipai sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa Desa KEDA Paya Lipai bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Mohd Asri bin Harun   
Timbalan Pengerusi Md Saie bin Abdul Rahman
Setiausaha Razalina binti Abdul Razak
Bendahari Ahmad bin Hussin
Biro Ekonomi Abdul Sharif bin Hussin
Biro Sukan Mohammad Alias bin Abdul
Biro Keselamatan Ismail bin Ayob
Biro Kebersihan Azhar bin Abdul Rahim
Biro Wanita Noraini binti Daud
Biro Pendidikan Norasiah binti Ahmad
Biro Kebajikan Zaini binti Hamid
Biro Infrastruktur Zarina binti Muda
Biro Kesihatan Siti Bunga binti Hajar
Biro Telekomunikasi Zahisyan bin Zainol
Biro Agama Md Nor bin Osman

Maklumat Penduduk sunting

Maklumat penduduk Desa KEDA Paya Lipai adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 230
Jumlah Keluarga 46
Bilangan Penduduk Lelaki 125
Bilangan Penduduk Perempuan 105

Pendidikan sunting

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Paya Lipai adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 4
Diploma 4
Ijazah 8
Jumlah 16

Pendapatan Kasar Isi Rumah sunting

Penduduk Desa KEDA Paya Lipai dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 21
RM531.00 - RM790.00 118
RM791.00 – RM1,319.00 28
>RM1,319.00 14

Kegunaan Tanah sunting

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Paya Lipai ialah sebanyak 9.37ek yang merangkumi kawasan surau/dewan 0.58ek, tapak kediaman 6.25ek, padang bola 0.12ek dan tanah untuk kemajuan masa hadapan 2.42ek.

Hak Milik Penduduk sunting

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut:

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 40
Motosikal 150
Lori 2

Kemudahan Asas sunting

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 1 km dan lampu jalan sebanyak 20 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 50 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Paya Lipai dilengkapi dewan orang ramai/surau 1 buah, bilik gerakan 1 buah dan padang bola 1 buah.

Golongan Khas sunting

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Paya Lipai adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
OKU Umur 18 Tahun dan ke atas 1 (L)
Bapa Tunggal 1
Ibu Tunggal 8
Anak Yatim Tiada